SUKAN
Sukan SEA: Hatrik emas! Skuad bola jaring negara tumbangkan Singapura
Kemenangan ini sekali gus membenarkan Malaysia melakar hatrik emas di pentas Sukan SEA sejak edisi 2017. - Stadium Astro
SKUAD bola jaring negara mencipta sensasi apabila meraih pingat emas Sukan SEA Thailand dengan menewaskan pasukan pilihan, Singapura.
Ringkasan AI
Singapura hadir ke pentas temasya dwitahunan edisi ke-33 selaku pasukan pilihan, susulan kejayaan mereka muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu dan saingan Piala Liga Negara-Negara 2025.
Skuad Malaysia -- yang hadir dengan skuad baharu -- hadir menerusi penganjuran Netball Super League diketuai oleh pemain berpengalaman dan hos Astro Arena, Fariha Razak.
Singapura di awal permainan mempamerkan corak permainan yang cukup cemerlang apabila mendahului 28-22 sebelum Malaysia terus mengejar dan berjaya mengikat jaringan 38-38.
Ketika permainan berbaki 12 minit, debaran terus memuncak dan tekanan yang mula mengancam -- Malaysia terus mengekalkan corak permainan yang tenang sementara memastikan kesilapan berjaya dielak sebelum menoktahkan kemenangan 51-49.
Kemenangan ini sekali gus membenarkan Malaysia melakar hatrik emas di pentas Sukan SEA sejak edisi 2017. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Skuad bola jaring Malaysia menewaskan Singapura dengan skor 51-49 di Sukan SEA Thailand, meraih pingat emas dalam pertandingan yang sengit.
- Singapura, sebagai juara Asia dan Piala Liga Negara-Negara 2025, mendahului permainan tetapi Malaysia mampu mengejar dan menewaskan mereka dalam masa tambahan.
- Kemenangan ini menjadikan Malaysia meraih hatrik emas dalam Sukan SEA sejak tahun 2017, menandakan keunggulan skuad bola jaring negara dalam arena antarabangsa.