[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SPORTS

Sukan SEA: Hoki wanita tepati ramalan

Astro Arena 12/06/2015 | 14:00 MYT
Kemenangan ini sekaligus menepati sasaran yang diletakan sebelum ini untuk mengulangi kejayaan emas ketika edisi Sukan Sea lalu. - Foto Bernama
Skuad hoki wanita negara berjaya menundukan Thailand di final dengan jaringan 3-1 sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka ketika di Sukan Sea Myanmar dua tahun lalu.
Walaupun gagal merencanakan sebarang jaringan dibabak pertama namun di babak kedua skuad negara meningkatkan gerakan mereka untuk meledak gol menerusi Hanis Nadiah Onn (37min), Siti Shahida Saad (45min) dan Nurul Nabihah Mansur (49min).
Kemenangan ini sekaligus menepati sasaran yang diletakan sebelum ini untuk mengulangi kejayaan emas ketika edisi Sukan Sea lalu.
Ketika di Myanmar, skuad hoki wanita negara mencatat rekod dunia apabila menewaskan Kemboja 36-0.
#hoki #Singapura #Sukan SEA #wanita