SUKAN
Sukan SEA: Ketegangan di sempadan, kontinjen Kemboja tarik diri
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja mengumumkan bahawa semua pasukan yang menyertai temasya itu di Thailand menarik diri daripada acara serantau tersebut. - Foto Agensi via Stadium Astro
PHNOM PENH: Kemboja menarik diri daripada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-33 yang sedang berlangsung di Thailand, dengan alasan keselamatan dan perlindungan atlet susulan ketegangan sempadan yang semakin memuncak.
Ringkasan AI
Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kemboja (NOCC) mengumumkan bahawa semua pasukan yang menyertai temasya itu di Thailand menarik diri daripada acara serantau tersebut, yang dibuka secara rasmi pada Selasa malam di Stadium Rajamangala, Bangkok.
"Disebabkan kebimbangan serius dan permintaan daripada keluarga atlet kami untuk membawa pulang ahli keluarga mereka dengan segera, NOCC perlu menarik balik seluruh kontinjen kami dan mengatur kepulangan segera mereka ke Kemboja atas faktor keselamatan," kata Setiausaha Agung NOCC Vath Chamroeun dalam kenyataan dikeluarkan di sini pada Rabu.
Temasya itu dijadual berlangsung dari 9 hingga 20 Dis.
Menurut NOCC, Kemboja pada awalnya mengesahkan penyertaan dalam 21 acara sukan dengan lebih 300 atlet bertanding, namun ia dikurangkan kepada hanya 13 sukan pada akhir November ketika ketegangan sempadan berlarutan.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan akibat penarikan awal ini dan amat menghargai pemahaman serta sokongan anda," kata Chamroeun.
Pertikaian sempadan yang lama antara Kemboja dan Thailand kembali tercetus baru-baru ini, membawa kepada konfrontasi ketenteraan di wilayah utara Kemboja pada Julai.
Kemboja dan Thailand menandatangani perjanjian gencatan senjata di Kuala Lumpur pada 24 Julai bagi menamatkan pertempuran lima hari itu.
Kedua-dua kerajaan kemudiannya memuktamadkan perjanjian damai dengan menandatangani Perjanjian Damai KL semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Malaysia pada 26 Okt, dalam satu majlis disaksikan Malaysia selaku pengerusi ASEAN dan Amerika Syarikat.
Namun pertempuran sempadan tercetus semula pada Isnin antara kedua-dua angkatan tentera, memaksa ramai penduduk Kemboja yang tinggal di kampung sempadan melarikan diri untuk menyelamatkan diri.
Sekurang-kurangnya tujuh orang awam Kemboja terkorban, dan sekitar 6,000 orang dipindahkan dalam insiden tembakan baru-baru ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kemboja menarik diri daripada Sukan SEA ke-33 di Thailand atas alasan keselamatan dan perlindungan atlet susulan ketegangan di sempadan.
- NOCC mengumumkan penarikan semua pasukan dan atlet Kemboja serta mengatur kepulangan segera mereka ke negara asal.
- Pertempuran sempadan antara Kemboja dan Thailand menyebabkan korban awam dan penduduk terpaksa melarikan diri untuk keselamatan.