KUALA LUMPUR: Penerjun wanita negara, Kimberly Bong yakin mampu meningkatkan tahap kesukaran terjunannya menjelang Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, bulan depan, meskipun agak kesuntukan masa.
Bagi penerjun Sarawak itu, tiada yang mustahil untuk beliau beraksi sekurang-kurangnya pada tahap kesukaran 3.0 dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanila di temasya dwitahunan itu.
Selepas beraksi pada tahap kesukaran antara 1.0 dan 2.5 sebelum ini, Kimberly mahu mencabar dirinya dengan mencuba terjunan baharu bagi meraih lebih banyak mata daripada pengadil.
"Ia mungkin mengambil masa untuk saya berbuat demikian tetapi saya sedang berusaha ke arah itu dan jurulatih juga mengalakkannya.
"Saya lebih faham dengan keadaan tubuh saya. Jadi, saya rasa tidak ada masalah untuk saya meningkatkan tahap kesukaran dalam masa yang singkat," katanya kepada pemberita selepas memenangi emas dalam acara 3m papan anjal wanita di Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) ke-58, di sini semalam.
Justeru, pemenang pingat perak Sukan SEA 2021 bagi acara 1m papan anjal wanita itu meletakkan sasaran untuk melakukan sekurang-kurangnya dua terjunan baharu daripada lima pusingan di Phnom Penh nanti.
Mengenai persembahannya, Kimberly mengakui agak gementar untuk bertanding dalam acara semalam kerana ini merupakan kejohanan pertamanya sejak November lepas.
"Namun, saya lega kerana berjaya mengatasi rasa gementar itu. Ini merupakan pertandingan pertama dan terakhir saya sebelum Sukan SEA, jadi ia tidaklah teruk langsung," katanya.
Sementara itu, pelajar pengurusan sukan Universiti Malaya itu berharap dapat mengelak daripada sebarang kecederaan serius menjelang temasya itu.
Terdahulu, Kimberly yang mewakili pasukan negara mengumpul 280.55 mata untuk muncul tempat pertama, manakala rakan sepasukannya, Ong Ker Ying meraih perak dengan 252.80 mata dan Alycia Lim dari Singapura melengkapkan podium dengan 171.30 mata.
Kejohanan tiga hari itu dijadualkan berakhir hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023
Kimberly berharap dapat mengelak daripada sebarang kecederaan serius menjelang Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, bulan depan. - Gambar fail/Instagram/@kikimberly_
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
AWANI-RareTV: Kampung bunian di Switzerland
Penulis J.R.R Tolkien menjadikan Lauterbrunnen sebagai latar dan insipirasi kepada penghasilan kampung 'Rivendell'.
Hubungan Klopp-Salah kembali jernih
Klopp dan Salah bertelagah di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham minggu lalu.
Michelle Yeoh antara 19 penerima Medal Of Freedom
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menganugerahkan Pingat Kebebasan (Medal Of Freedom) kepada 19 penerima di White House, Washington pada Jumaat.
AWANI Pagi: Advokasi rawatan dan pemulihan dadah atas talian
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan kaedah rawatan dan pemulihan secara atas talian, melihat kepada trend penagihan dadah ketika ini. Diskusinya bersama Pengarah Bahagian Rawatan Perubatan & Pemulihan AADK Siti Mariam Mursidan, dalam Awani Pagi 8.30 pagi nanti.
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.