PHNOM PENH: Impian kuartet larian berhalangan lelaki negara untuk mencipta sejarah meraih pingat emas tidak kesampaian selepas tewas kepada Filipina pada acara final lari berganti-ganti berpasukan di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, di sini, pagi ini.
Kuartet dibarisi Ghalib Mohamad Azimi, Mohd Redha Rozlan, Nuur Hafis Said Alwi dan Yoong Wei Theng terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan catatan masa 25.15 saat (s).
Filipina yang memintas Malaysia pada saat-saat akhir dalam saingan itu merakam masa 24.47s sementara Indonesia dan Laos berkongsi gangsa selepas masing-masing merekodkan kepantasan 31.27s dan 34.11s dalam satu lagi aksi.
Biarpun keputusan tidak memihak Malaysia, Mohd Redha selaku ketua pasukan berkata mereka telah memberikan yang terbaik selepas turut berkorban masa dan tenaga dalam usaha melakar sejarah merangkul emas.
"Terima kasih kepada rakan sepasukan, kami telah bekerja keras dengan korbankan waktu berpuasa bersama keluarga apabila berlatih selama tiga minggu di Manila kemudian datang kira-kira seminggu awal ke sini, raya pun ala kadar saja.
"Untuk larian hari ini saya gembira kerana kita telah berikan segalanya, tetapi tetap ada sedikit masalah, namun ia tetap ok, mungkin pada Sukan SEA lain, kita akan perbaiki prestasi untuk dapatkan emas," katanya ketika ditemui media Malaysia selepas aksi final di sini.
Mengulas lanjut, Mohd Redha berkata pasukan mengharapkan sokongan daripada pihak luar untuk menyediakan set berhalangan pertandingan yang lengkap bagi tujuan latihan supaya mampu meningkatkan prestasi pada masa hadapan.
Beliau optimis Malaysia mampu merangkul emas pertama dalam sukan itu pada edisi Sukan SEA seterusnya sekiranya mendapat bantuan dalam masa terdekat.
"Setakat ini kita kekurangan kemudahan latihan, kita hanya berlatih di gim di mana 60 per cent simulasi sama macam di sini.
"Jadi kita harapkan ada mana-mana pihak ataupun KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sendiri bantu sediakan set berhalangan yang sama macam mana Filipina ada," kata atlet berusia 35 tahun itu.
Sebagai rekod, ini merupakan penampilan ketiga Mohd Redha di Sukan SEA selepas merangkul perak acara mendaki tembok tiruan pada edisi 2011 di Palembang, Indonesia sebelum memenangi tiga perak dalam larian berhalangan di Manila, Filipina pada 2019.
Sementara itu, dalam saingan wanita, Malaysia meraih gangsa bersama dengan Kemboja manakala emas milik Filipina dan perak diraih Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Kuartet dibarisi Ghalib Mohamad Azimi, Mohd Redha Rozlan, Nuur Hafis Said Alwi dan Yoong Wei Theng terpaksa berpuas hati membawa pulang perak dengan catatan masa 25.15 saat (s). -Facebook Majlis Sukan Negara
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.