SUKAN

Sukan SEA: Larian Fan Run tanda sokongan untuk atlet kebangsaan

Syafique Shuib 31/05/2015 | 05:45 MYT
Khairy Jamaluddin memberi sokongan kepada peserta acara larian di Putrajaya pagi tadi. -Gambar: Twitter/@khairykj
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menyertai lebih 10,000 peserta dalam acara larian TM Malaysia Fan Run.

Ia merupakan acara anjuran Telekom Malaysia Bhd sebagai tanda sokongan buat atlet kebangsaan yang akan beraksi pada Sukan SEA ke-28 dari 5 hingga 16 Jun di Singapura.

"TM Malaysia Fan Run hari ini adalah untuk menyokong kontinjen negara ke Sukan SEA di Singapura dan saya difahamkan lebih daripada 10,000 yang hadir pada hari ini untuk menyatakan sokongan kepada pasukan Malaysia," kata Khairy.


Khairy yang turut menyertai acara larian 5km mencatat masa lebih pantas berbanding acara larian 5km ketika program FitMalaysia pada Sabtu.

Catatan masa pada kedua-dua acara dikongsi oleh Khairy:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, warga media sosial turut berkongsi kegembiraan apabila dapat menyertai acara larian 10km:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, terdapat juga gambar-gambar menarik yang dikongsi. Antaranya gambar sekumpulan lelaki memakai kain pelekat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Drone juga digunakan untuk merakam detik-detik menarik ketika acara ini:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pada Sabtu, Malaysia memulakan langkah baik pada aksi pertama acara bola sepak di Sukan SEA Singapura apabila menundukkan Timor Leste dengan jaringan 1-0.
#Khairy Jamaluddin #Sukan SEA #TM Malaysia Fan Run