awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Malayan Tigress dibelasah Vietnam pada aksi pembukaan

Bernama
Bernama
05/12/2025
15:45 MYT
Sukan SEA: Malayan Tigress dibelasah Vietnam pada aksi pembukaan
Vietnam mendominasi permainan sebaik wisel dibunyikan dengan Pham Hai Yen menjaringkan gol seawal minit keempat diikuti Nguyen Thi Bich Thuy pada minit ke-23. - Gambar Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak wanita kebangsaan memulakan kempen Sukan SEA 2025 dengan langkah kiri selepas dibelasah juara bertahan, Vietnam 0-7 pada aksi Kumpulan B di Stadium TNSU, Chonburi, malam ini.

Ringkasan AI
  • Skuad bola sepak wanita Malaysia mula kempen Sukan SEA 2025 dengan kekalahan telak 0-7 kepada juara bertahan, Vietnam.
  • Vietnam mendominasi perlawanan dengan jaringan awal oleh Pham Hai Yen dan Nguyen Thi Bich Thuy, menjadikan Malaysia tertinggal 0-4 pada separuh masa pertama.
  • Kekalahan ini menempatkan Malaysia dalam kedudukan sukar, perlu menentang Myanmar dan Filipina sebelum separuh akhir Sukan SEA 2025.

Vietnam mendominasi permainan sebaik wisel dibunyikan dengan Pham Hai Yen menjaringkan gol seawal minit keempat diikuti Nguyen Thi Bich Thuy pada minit ke-23.
Hai Yen sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-26 sebelum Tran Thi Hai Linh menambah jaringan buat Vietnam selang enam minit kemudian, sekali gus menyaksikan Malaysia ketinggalan 0-4 pada separuh masa pertama.
Aksi babak kedua menyaksikan Thai Thi Thao melengkapkan penguasaan pemenang emas edisi 2023 dengan jaringan hatrik pada minit ke-49, ke-59 dan ke-78, sekali gus memberikan permulaan sukar kepada Malayan Tigress dalam kempen Sukan SEA 2025.
Skuad Malaysia yang tiba di Chonburi pada Rabu akan menentang Myanmar pada 8 Dis sebelum bertemu Filipina pada 11 Dis di venue sama.
Juara kumpulan serta naib juara akan mara ke separuh akhir pada 14 Dis, manakala perlawanan akhir dan penentuan tempat ketiga dijadual berlangsung pada 17 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Sukan SEA
#Malayan Tigress
#langkah kiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan