PHNOM PENH: Malaysia pada Ahad menambah empat pingat emas sekali gus menyaksikan kedudukan kontinjen negara naik dua anak tangga ke tempat ketujuh selepas berakhir saingan hari kedua temasya Sukan SEA 2023, yang membuka tirai secara rasmi pada Jumaat.
Skuad karate terus menampilkan aksi cemerlang apabila menyumbangkan dua pingat emas, manakala pencak silat dan petanque masing-masing menceriakan kem negara dengan satu emas.
Pungutan empat pingat emas itu menyaksikan kontinjen negara kini mengutip keseluruhan enam emas, 10 perak dan 13 gangsa.
Tuan rumah, Kemboja terus berada di tempat teratas dalam carta kedudukan pingat selepas meraih 29 pingat emas, 21 perak dan 22 gangsa, diikuti Thailand yang memenangi 16-17-26 manakala Indonesia dengan 16-11-24.
Namun begitu, harapan kontinjen negara untuk menambah koleksi emas menerusi acara hoki dalam dewan tidak kesampaian apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita yang disasarkan menyumbangkan emas susulan status sebagai juara bertahan, gagal berbuat demikian apabila tewas di pentas final.
Selain karate yang dijangka menyumbangkan pingat emas dalam acara kumite berpasukan lelaki, yang menyaksikan mereka selaku juara bertahan, hari ketiga hari ini juga akan menyaksikan beberapa acara akan membuka saingan, termasuk terjun dan olahraga.
Skuad terjun yang muncul pasukan paling cemerlang pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lepas apabila menyapu bersih lapan pingat emas, menjadi taruhan terbaik kontinjen negara bagi menambah kilauan emas.
Begitu juga olahraga yang menyasarkan 10 pingat emas pada temasya kali ini, dengan Jackie Wong dan Grace Wong yang masing-masing meraih emas dalam acara tukul besi lelaki dan wanita di Hanoi, akan turun bersaing di Stadium Nasional Morodok Techo, hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Pesilat negara yang juga pasangan kembar Muhammad Danial Azrol Noorazizan (kanan) dan Muhammad Danial Azray Noorazizan menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara Silat Seni Ganda pada Sukan SEA 2023. - Foto BERNAMA
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Lahir 'Magic Boy': Sudah sampai masa Muay Thai diberi tumpuan - Bernard
Bernard optimis Malaysia mampu melahirkan lebih ramai jaguh Muay Thai negara seperti Mohammad Rifdean Masdor untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Taekwondo tagih khidmat jurulatih Korea Selatan bantu Syafiq, Sebastian
Jurulatih itu juga diperlukan bagi memantau prestasi Muhammad Syafiq Zuber dan Sebastian Tan Chung Wan yang sedang memburu slot ke Paris.
Qabil tidak bercadang bersaing pada Olimpik 2024
Atlet ekuestrian negara Qabil Ambak Mahamad Fathil menjelaskan, persediaannya ke Sukan Asia Hangzhou 2022 menyebabkan beliau tidak dapat memberikan tumpuan untuk kelayakan ke Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Azeem mahu bukti kemampuannya sebagai terbaik Asia Tenggara
Muhammad Azeem mahu membuktikan dirinya sebagai jaguh Asia Tenggara apabila membuat penampilan sulungnya di Sukan Asia hari ini.
Nasib atlet RTG ditentukan September ini
Prestasi dan kemajuan atlet dalam program Road To Gold (RTG) akan dinilai semula bagi menentukan kedudukan mereka dalam program tersebut pada September ini.
Beri peluang atlet pecut wanita 'berguru' di luar negara - Mumtaz
Ia berdasarkan prestasi barisan atlet pecut wanita negara yang semakin menyerlah menerusi beberapa siri kejohanan sebelum ini.
ASN 2022: Syarul Azman intai peluang peroleh Anugerah Olahragawan Negara
Syarul berharap penilaian barisan panel berdasarkan kejayaannya dibuat secara adil dan saksama tanpa prejudis, sekali gus mengelak daripada berputih mata buat kali kelima sejak 2016.