PETALING JAYA: Selepas terpaksa berpuas hati dengan hanya tiga pingat perak di Sukan SEA 2019 Filipina, atlet lari berhalangan negara Mohd Redha Rozlan bertekad untuk membawa pulang emas daripada edisi kali ini yang berlangsung di Kemboja dari 5 hingga 17 Mei ini.
Lebih dikenali sebagai Mat Redho, atlet berusia 34 tahun itu berkata persiapannya untuk kali ini lebih baik dengan adanya gim latihan yang mempunyai laluan berhalangan berbanding ketika Sukan SEA 2019 kerana pada masa itu ia masih dalam pembinaan.
"Bagi sesetengah orang mungkin tempat kedua, naik podium dah bagus, tetapi jiwa saya untuk kemenangan, kalau nombor dua bagaikan kalah. Jadi untuk tahun ini, kita akan beri yang terbaik untuk membalas dendam (dengan bawa pulang emas).
Buat masa ini, kita sedang meningkatkan pecutan dan kekuatan bahagian atas tubuh dengan melakukan latihan memanjat," katanya kepada pemberita ketika lawatan Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Mohd Nasir Ali ke venue latihan pasukan itu, di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun model halangan di pusat latihan itu bukan 100 peratus sama seperti trek di Kemboja, pasukan negara sedang menyesuaikan diri selepas mendapat maklumat mengenai ukuran dan jenis halangan daripada penganjur.
Di Filipina, Mat Redho berjaya meraih perak acara 100m lelaki, 400m berpasukan berganti-ganti dan 400m "team assist", manakala Malaysia turut meraih gangsa menerusi Mohd Saddam Mohd Pittli bagi acara 5km lelaki.
Beliau yang pernah muncul juara Ninja League Challenge (NCL) 2018 dengan menewaskan juara American Ninja Warrior, Jake Murray, berkata skuad negara dijangka menjalani kem latihan pusat selama dua minggu di Filipina bermula minggu depan sebagai persediaan ke Sukan SEA.
Bagi kali ini, pasukan lari berhalangan negara menyasarkan untuk meraih emas acara 100m individu dan berpasukan lelaki, serta kedudukan podium bagi acara 100m berpasukan wanita.
Sukan ekstrem yang dianjurkan buat kali pertama pada Sukan SEA 2019, tidak dianjurkan pada edisi 2021 di Hanoi.
Sementara itu, atlet wanita Yip Hui Teng, 32, mengakui berdepan sedikit cabaran dalam menyesuaikan diri dengan larian jarak pendek, selepas beraksi dalam acara jarak panjang pada edisi lepas.
"Jika jarak panjang, kita mempunyai masa untuk merehatkan otot lengan ketika berlari, tetapi apabila jarak 100m dengan 12 halangan, perlu banyak tenaga dan ketahanan pada bahagian atas tubuh.
Namun, saya yakin dapat bersedia menjelang Sukan SEA. Kita sedang fokus kepada pecutan dan larian pada sesi pagi, manakala petang akan membuat penyesuaian dan latihan kekuatan," katanya yang baharu mendapat pengesahan untuk bertanding pada Khamis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023
Atlet lari berhalangan negara Mohd Redha Rozlan bertekad untuk membawa pulang emas daripada edisi kali ini. - Bernama
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sukan SEA: Mat Redho tekad pulang dengan emas
Atlet lari berhalangan negara Mohd Redha Rozlan bertekad untuk membawa pulang emas daripada edisi kali ini.