awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Nur Assyira pertahan perak basikal bukit "cross country"

Bernama
Bernama
06/05/2023
08:24 MYT
Sukan SEA: Nur Assyira pertahan perak basikal bukit "cross country"
Kejayaan jaguh basikal bukit wanita kebangsaan itu meraih perak sekali gus mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas. - Fail/BERNAMA
PHNOM PENH: Nur Assyira Zainal Abidin menceriakan kem berbasikal bukit negara apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara individu "cross country Olympic" wanita pada Sukan SEA 2023 di Kemboja, hari ini.
Pelumba berusia 29 tahun itu menamatkan saingan sejauh 18.5 kilometer dalam perlumbaan berlangsung di Kulen Mountain, Siem Reap yang terletak kira-kira 320 kilometer dari ibu negara Kemboja ini, dengan catatan 1 jam 17 minit 09 saat.
Kejayaan jaguh basikal bukit wanita kebangsaan itu meraih perak sekali gus mengulangi pencapaiannya pada edisi di Hanoi, Vietnam tahun lepas.
Pelumba Indonesia, Sayu Bella Sukma Dewi mengungguli acara berkenaan yang berlangsung dalam keadaan cuaca mencecah hampir 40 darjah Celcius, dengan catatan masa 1:13.48s, manakala pingat gangsa milik pelumba Thailand Yonthanan Phonkla yang merekodkan 1:18.42s.
Dua lagi pelumba negara, Phi Kun Pan dan Natahsya Soon, masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dan ke-10 selepas mencatat masa 1:24:37s dan 1:26:42s.
Pengurus pasukan skuad berbasikal bukit negara Mohd Saiful Abdul Jalil menyifatkan kejayaan Nur Assyira itu sebagai satu kejutan memandangkan pelumba dari Indonesia, Thailand dan Filipina membariskan pelumba yang cukup hebat.
"Memang Nur Assyira menang perak semasa di Hanoi tahun lepas, tetapi berdasarkan atas kertas pada perlumbaan di sini, kita tidak meletakkan harapan tinggi dalam acara individu kerana pelumba dari negara lain menyenaraikan pelumba-pelumba yang cukup hebat.
"Namun kita bersyukur kerana dapat membawa pulang pingat perak hari ini. Sasaran kita adalah dalam acara cross country team relay (berganti-ganti berpasukan) bagi menyumbangkan pingat emas kepada negara esok," katanya.
Sebagai rekod, skuad berbasikal bukit negara mencipta pencapaian bersejarah pada edisi di Hanoi, apabila merangkul pingat emas pertama dalam acara "cross country" berpasukan (relay) sepanjang penganjuran acara berkenaan pada temasya Sukan SEA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Nur Assyira Zainal Abidin
#pingat perak
#berbasikal cross country
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan