awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Nur Syafiqah bawa pulang emas pencak silat tunggal puteri

Bernama
Bernama
14/12/2025
12:35 MYT
Sukan SEA: Nur Syafiqah bawa pulang emas pencak silat tunggal puteri
Pesilat negara Nur Syafiqah Hamzah, mencipta detik gemilang apabila meraih pingat emas sulungnya di pentas Sukan SEA 2025 selepas menjuarai acara tunggal puteri hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
BANGKOK: Pesilat negara Nur Syafiqah Hamzah, mencipta detik gemilang apabila meraih pingat emas sulungnya di pentas Sukan SEA 2025 selepas menjuarai acara tunggal puteri hari ini.
Syafiqah dinobatkan juara selepas mengumpul 9.960 mata pada perlawanan akhir yang berlangsung di Impact Arena, Muang Thong Thani, menewaskan pesilat Brunei, Nur Wasiqah Aziemah Rosihan yang meraih 9.920 mata.
"Sejujurnya, perasaan ini sangat istimewa sebab ini emas pertama saya di Sukan SEA. Saya memang sudah lama impikan detik ini, bila akhirnya jadi kenyataan, rasa sangat bersyukur dan terharu.
"Tentang persembahan keseluruhan, saya berpuas hati. Saya berjaya kawal emosi, kekalkan fokus dan buat yang terbaik di gelanggang. Kemenangan ini bagi saya bukan penamat, tetapi satu langkah permulaan untuk cabaran yang lebih besar selepas ini," katanya selepas dihubungi.
Kejayaan berkenaan menamatkan penantian panjang Malaysia dalam acara tunggal puteri, dengan kali terakhir dimenangi Suzy Sulaiman pada edisi Sukan SEA 2005 di Filipina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA 2025
#pingat emas
#pencak silat
#tunggal puteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan