awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kementerian Perpaduan salur RM600,000 kepada 120 KRT perkukuh Program Satelit Komuniti MADANI
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
JANM jayakan semua projek di Kampung Angkat MADANI di Batu Pahat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA: Skuad kuadran sepak takraw siap sedia pelan B - Ahmad Jais

Bernama
Bernama
17/10/2025
00:00 MYT
Sukan SEA: Skuad kuadran sepak takraw siap sedia pelan B - Ahmad Jais
Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025 Nurul Huda Abdullah bergambar bersama barisan atlet sepak takraw yang bakal beraksi di Sukan SEA Thailand 2025, di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 16 Okt 2025. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara bersedia dengan pelan B sekiranya beberapa tonggak utama bagi acara kuadran tidak sempat pulih untuk beraksi pada temasya Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini.
Ketua Jurulatih Ahmad Jais Baharun memaklumkan pemain seperti Mohamad Azlan Alias, Farhan Adam dan Norfaizzul Abd Razak kini sedang menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN), sekali gus memberi sedikit tekanan kepada persiapan akhir pasukan itu.
"Jika dilihat pada ketika ini, beberapa pemain kita sedang menjalani rawatan dan ada yang masih belum pulih sepenuhnya. Itu yang memberi sedikit tekanan kepada pemain-pemain kita khususnya.
"Kami masih meneruskan latihan persiapan memantapkan pemain dari segi serangan dan pertahanan. Cuma dari segi persiapan akhir, kami harap pemain terus fokus dan tidak berlaku kecederaan kepada mereka," katanya ketika kunjungan Ketua Kontinjen Sukan SEA 2025 Nurul Huda Abdullah di lokasi latihan skuad sepak takraw di sini semalam.
Beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, pelan B yang dimaksudkan ialah dengan memulakan latihan simulasi untuk pemain baharu bagi acara kuadran.
"Selain itu, sebagai persiapan akhir, pemain akan berangkat ke Ratchaburi, Thailand pada 19 hingga 24 Nov untuk mengadakan perlawanan ujian menentang bekas pemain kebangsaan Thailand," katanya.
Mengulas mengenai sasaran pada Sukan SEA 2025, Ahmad Jais sedia maklum akan sasaran ditetapkan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang mahu dua emas menerusi acara regu lelaki dan kuadran lelaki dibawa pulang dari Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan SEA
#Thailand
#sepak takraw
#Ahmad Jais Baharun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan