SUKAN

Sukan SEA Thailand: Malaysia peroleh emas pertama menerusi skuad hoki 5 sebelah

Astro Arena 10/12/2025 | 09:14 MYT
Kontinjen Malaysia memperoleh emas pertama Sukan SEA Thailand 2025 menerusi kejayaan skuad hoki 5 sebelah (5s). - Stadium Astro
LIMA perlawanan dan lima kemenangan!

Kontinjen Malaysia memperoleh emas pertama Sukan SEA Thailand 2025 menerusi kejayaan skuad hoki 5 sebelah (5s) di Stadium Hoki Royal Thai Air Force, sebentar tadi.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pusingan round robin menyaksikan kem hoki kebangsaan meraih tiga kemenangan berturut-turut dalam pusingan round robin.

Memasuki separuh akhir, skuad kendalian Wan Roslan Wan Abdul Rahman itu mudah membenam Filipina 10-1.

Dan, aksi final pula menampilkan permainan bertenaga dan para pemain memberi persembahan terpuji untuk menewaskan Indonesia 7-3. — Stadium Astro








#kontinjen malaysia #raih emas pertama #Sukan SEA Thailand #skuad hoki 5 sebelah #terkini