awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukan SEA Thailand: Rachel pertahan emas, emas ketiga negara

Bernama
Bernama
11/12/2025
12:37 MYT
Sukan SEA Thailand: Rachel pertahan emas, emas ketiga negara
Gimmas negara Rachel Yeoh Li Wen berjaya mengekalkan pingat emas acara palang bertingkat pada Sukan SEA Thailand 2025 di Pathum Thani, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
BANGKOK: Gimmas negara Rachel Yeoh Li Wen berjaya mengekalkan pingat emas acara palang bertingkat pada Sukan SEA Thailand 2025 di Pathum Thani, hari ini.
Atlet berusia 26 tahun itu mempersembahkan rutin mantap bernilai 13.300 mata pada aksi akhir di Gimnasium 5, Kampus Rangsit, Universiti Thammasat.
Beliau menewaskan wakil Filipina., Heylee Garcia yang meraih 12.300 mata, manakala Colleen Hong dari Singapura membawa pulang gangsa dengan 10.933 mata.
Keputusan ini datang kerana saya mengekalkan rentak sendiri dan tidak terlalu memikirkan pesaing," kata Rachel kepada Bernama.
Atlet kelahiran Pulau Pinang itu, yang pernah bergelut dengan pelbagai kecederaan sepanjang karier, berkata kemenangan itu dijangka tetapi tetap bermakna.
SEA-GIMNASTIK (RACHEL) 2 (AKHIR) BANGKOK
"Saya sangat gembira dan memang sudah menjangka menang. Hari ini saya hanya berlawan dengan diri sendiri," katanya.
Rachel menegaskan dia tidak berhasrat untuk perlahan, sebaliknya komited untuk beraksi sehingga Sukan SEA Malaysia 2027, selagi kesihatan mengizinkan.
Namun, cita-cita terbesarnya adalah di pentas lebih besar.
Atlet yang memenangi emas acara palang bertingkat dan batang titian pada Sukan SEA Vietnam 2021 berkata sasaran jangka panjangnya ialah layak ke Sukan Olimpik pertama di Los Angeles pada 2028.
Acara gimnastik wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rachel Yeoh Li Wen
#Sukan SEA Thailand
#gimnas negara
#emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan