SUKAN
Sukan SEA: Trio Malaysia panah pingat emas compound berpasukan lelaki
Atlet memanah negara (dari kiri) Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki memenangi pingat emas selepas menewaskan wakil tuan rumah bagi acara compound berpasukan lelaki Sukan SEA. - Foto Bernama
BANGKOK: Angin kencang yang melanda venue pertandingan tidak menghalang skuad memanah compound berpasukan lelaki negara untuk menghadiahkan pingat emas selepas menewaskan tuan rumah Thailand pada aksi final Sukan SEA 2025, hari ini.
Ringkasan AI
Beraksi di Lapang Sasar Memanah, Sports Authority of Thailand, trio memanah compound Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki mempamerkan ketenangan tinggi dalam keadaan cuaca mencabar bagi mencatat kemenangan 232-228.
Pasukan Thailand yang dibarisi Sippakorn Kohkaew, Peerapat Pattanapongkiat dan Ratandanai Wongtana terpaksa akur dengan keunggulan wakil negara.
Kejayaan itu sekali gus menebus kekecewaan meraih pingat perak pada edisi 2021 di Hanoi.
Pingat gangsa acara berkenaan dimenangi Vietnam selepas menewaskan Indonesia pada aksi penentuan tempat ketiga.
Seorang daripada pemanah, Muhammad Aiman Syafiq menyifatkan kejayaan itu sebagai pencapaian cukup bermakna buat dirinya.
"Syukur Alhamdulillah, penampilan pertama saya di Sukan SEA berjaya membutirkan pingat emas. Kejayaan ini banyak dibantu oleh pengalaman pemanah senior," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pasukan memanah compound lelaki Malaysia menewaskan Thailand dalam aksi final Sukan SEA 2025 di Lapang Sasar Memanah.
- Kemenangan trio Mohd Juwaidi Mazuki, Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli, dan Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki dengan mata 232-228 mengatasi cuaca buruk.
- Kejayaan ini membawa pulang pingat emas dan menebus kekecewaan meraih pingat perak pada edisi sebelumnya.