MAJLIS Sukan Negara (MSN) tidak akan berkrompomi dengan atlet senior yang mengidamkan untuk beraksi dalam Sukan SEA Vietnam tahun depan.
Ini kerana atlet elit negara tiada pilihan selain meletakkan pingat emas sebagai jaminan, sejajar dengan polisi Majlis Olimpik Malaysia (MOM), yang mahu menghantar lebih ramai atlet muda ke temasya itu.
MSN turut senada dengan badan induk itu memandangkan sudah sekian lama memberikan ruang dan peluang buat atlet-atlet senior yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
Ia secara tidak langsung akan menjadikan atlet yang terpilih tidak boleh berada dalam zon selesa.
"Kami tidak boleh menghantar atlet senior hanya untuk mendapatkan pingat gangsa sedangkan mereka sudah senior dan sepatutnya memberikan pingat emas," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
"Sepatutnya, dalam Sukan SEA, atlet kita seharusnya mendapatkan pingat emas dan bukannya perak atau gangsa kerana Sukan SEA hanya ada 10 negara bertanding, berbeza dengan Sukan Asia.
"Mereka perlu membuktikannya untuk layak ke Sukan Asia.
"Mereka harus mendapatkan pingat emas di Sukan SEA terlebih dahulu.
"Mereka harus menjadi juara rantau ini dahulu sebelum ke benua Asia," katanya.
MSN mahu menjadikan temasya dwitahunan itu sebagai platform permulaan buat atlet muda yang berkemungkinan akan menyertai dua temasya besar pada 2022, iaitu Sukan Komanwel di Birmingham dan Sukan Asia di Hangzhou.
Ahmad Shapawi, yang ditemui dalam bengkel perancangan program latihan sukan 2020 hingga 2022 anjuran MSN di Bukit Jalil semalam, menambah:
"Kita boleh bayangkan sekiranya ada atlet senior yang masih susah untuk mendapat tempat terbaik dalam sukan SEA, pasti susah untuk mereka mendapatkan tempat di peringkat Asia selepas ini.
"Kerana itu kami meminta kesemua persatuan dan atlet memahami bahawa Sukan SEA adalah asas kepada atlet perlapis untuk memulakan kehidupan pretasi tinggi sebelum ke Sukan Asia," katanya.
Astro Arena
Tue Jul 21 2020
MSN mahu menjadikan temasya dwitahunan itu sebagai platform permulaan buat atlet muda yang berkemungkinan akan menyertai dua temasya besar pada 2022. - Foto Astro ARENA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.