Sukan SEA Vietnam: Dhabitah tuai emas pertama Malaysia

Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 8, 2022 09:12 MYT
Dhabitah meraikan kemenangan selepas memenangi pingat emas pertama negara dalam acara 1m papan anjal individu wanita sempena Sukan Sea 2021 di Pusat Akuatik My Dinh hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia pada temasya Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Vietnam berjaya menuai pingat emas pertama menerusi penerjun negara Nur Dhabitah Sabri yang beraksi dalam final acara terjun satu meter papan anjal petang ini.
Terjunan emasnya gagal disaingi oleh penerjun lain apabila Dhabitah menyempurnakan kesemua tujuh terjunan dengan kemas untuk mengumpul mata keseluruhan 290.45.
BACA: Yi Wei-Tze Liang pertahan emas 3m papan anjal seirama
Dhabitah mengenepikan saingan rakan senegara Kimberly Bong yang menamatkan acara tersebut di tempat kedua sekali gus menyumbangkan pingat perak untuk Malaysia.
Sukan SEA ke-31 | Dhabitah rangkul emas pertama Malaysia
Kemenangan tersebut diharapkan mampu dituruti oleh kesemua 612 atlet negara yang menyertai temasya Sukan SEA kali ini bagi bersaing dalam 37 jenis sukan.
Sukan SEA Vietnam akan berlangsung dari 12 hingga 23 Mei ini.
#Malaysia #Sukan SEA #Vietnam #sukan