SUKAN
Sukan tarian: Bernice sapu tiga pingat emas di Hong Kong
Bernice memenangi tiga emas menerusi kategori Latin pada kejohanan yang berlangsung pada 6 hingga 9 Nov lepas. - Foto FB Malaysia Dancesport Federation (MYDF)
KUALA LUMPUR: Jaguh sukan tarian kebangsaan Bernice Iu Weng Tong mempamerkan aksi memukau untuk merangkul tiga pingat emas di Terbuka Hong Kong 2025 yang berlangsung di Wan Chai, baru-baru ini.
Ringkasan AI
Menurut Persekutuan DanceSport Malaysia (MYDF), Bernice memenangi tiga emas menerusi kategori Latin pada kejohanan yang berlangsung pada 6 hingga 9 Nov lepas.
Emas pertama Bernice diperoleh menerusi acara solo wanita samba Kejohanan Asia, mengetepikan cabaran Chen Jr Yu dari Taiwan yang meriah perak dan wakil Vietnam Nguyen Lam Huyen Ang membawa pulang gangsa.
Bernice meneruskan kecemerlangan apabila meraih emas kedua DanceSport Asia (DSA) sekali lagi menewaskan lawan sama Chen dan Nguyen yang masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.
Dominasi atlet muda negara itu diteruskan apabila membawa pulang emas ketiga World DanceSport Federation (WDSF) solo latin wanita (ranking dunia) mengatasi rakan senegara Yap Wan Yin yang meraih perak manakala atlet tuan rumah Abby Lo melengkapkan podium dengan gangsa.
"Kejayaan cemerlang Bernice meletakkan Malaysia di tangga teratas dalam kalangan lebih 15 negara peserta, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang muda paling menyerlah di Asia dalam bahagian Latin," menurut kenyataan MYDF.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bernice Iu Weng Tong meraih tiga pingat emas dalam Terbuka Hong Kong 2025 dengan menjuarai kategori Latin pada kejohanan tersebut.
- Kejayaan Bernice termasuk menewaskan pesaing dari Taiwan dan Vietnam, membuktikan kecemerlangannya dalam tarian.
- Prestasi cemerlang Bernice mengukuhkan Malaysia sebagai kuasa tarian yang menonjol di Asia dalam kategori Latin, menurut MYDF.