Hari Sukan Negara, yang dianjurkan setiap tahun mampu menerapkan amalan hidup cergas sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata aktiviti sukan sebegini juga akan menjadikan tubuh badan menjadi sihat bagi membantu pembangunan negara.
"Saya berharap aktiviti sukan ini akan menjadi amalan hidup kita kerana adalah penting apabila kita berkhidmat untuk kerajaan, kita juga perlu masa untuk rekreasi dan bersukan.
"Dengan kesihatan yang baik, maka mudahlah kita melakukan pelbagai tugasan besar dan mencabar serta meningkatkan produktiviti kerja bagi memajukan institusi serta negara," katanya.
Salleh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Zumba dan Karnival Sukan Rakyat peringkat kementerian sempena Sambutan Hari Sukan Negara di Dataran Gemilang di sini.
Beliau juga berharap sambutan ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan menjadi medium kesedaran warga kementerian khususnya, serta rakyat Malaysia tentang kepentingan bersukan serta merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.
Sebelum itu, Salleh melakukan gimik perasmian dengan memukul gong sebanyak tiga kali dan menyertai bersama lebih 1,000 warga kementerian bersama anggota keluarga mereka memeriahkan sambutan itu dengan senaman poco-poco dan zumba yang diketuai kumpulan fasilitator daripada Jabatan Penerangan Malaysia.
Turut serta Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab.
Kemudian, Salleh juga melawat khemah-khemah pameran yang disediakan oleh jabatan dan agensi kementerian termasuk Bernama serta menyampaikan plak penghargaan kepada wakil agensi dan jabatan tersebut.
Bagi menceriakan karnival itu, beliau turut menyertai acara sukaneka membaling belon berisi air bersama Zulkefli dan turut disertai pegawai kanan kementerian itu.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan juga menganjurkan program 10,000 langkah di perkarangan kementerian itu sempena Hari Sukan Negara, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas.
Bernama
Sat Oct 10 2015
SALLEH: Sambutan ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan menjadi medium kesedaran warga kementerian khususnya, serta rakyat Malaysia tentang kepentingan bersukan serta merealisasikan M'sia sebagai sebuah negara bersukan. - Gambar BERNAMA
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.
Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi
Semua kemudahan itu sedang dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan komitmen penuh untuk disiapkan sebelum SUKMA Kelantan pada 2028.
PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.
Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.
Hari Sukan Negara platform terbaik perkukuh semangat, ukhuwah perpaduan - TPM Fadillah
HSN membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu.
Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.
Hari Sukan Negara peringkat PDRM: Beberapa laluan ditutup Sabtu
Beberapa laluan sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara sempena program Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), esok.
Hari Sukan Negara: 250 sertai larian tawan puncak Menara KBS
Acara itu adalah yang pertama dianjurkan badan pengelola sukan mendaki tangga negara membabitkan 17 tingkat Menara KBS pada 14 Oktober lalu.
Jangan politikkan Belanjawan 2024 - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Belanjawan 2024 yang dibentangkan semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa
Anwar berkata, rakyat harus diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi, malah aspek kesihatan melalui bersukan.