SUKMA 2022: Perak sasar kedudukan ketiga terbaik, rebut 40 emas

Bernama
Mac 15, 2022 21:45 MYT
Khairul berkata sasaran itu ditetapkan, selepas mengkaji prestasi atlet yang bertanding di SUKMA 2018. - Foto BERNAMA
IPOH: Perak menyasarkan kedudukan ketiga terbaik dengan sekurang-kurangnya meraih 40 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Julai hingga Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Khairul Shahril Mohamed berkata sasaran itu ditetapkan, selepas mengkaji prestasi atlet yang bertanding di SUKMA 2018 dengan kutipan sebanyak 39 pingat emas.
"Sasaran ini realistik. Ia berdasarkan prestasi semasa atlet," katanya selepas menyerahkan surat pelantikan kepada pengurus-pengurus pasukan di sini pada Selasa.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri (MSN) bakal menjadikan skuad Piala Presiden Perak FC sebagai anak angkat MSN, sekali gus mewakili kontinjen Perak dalam acara bola sepak pada SUKMA Kuala Lumpur, kelak.
-- BERNAMA
#SUKMA #Perak #pingat emas #Khairul Shahril Sohamed