SIBU: Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata untuk membolehkan Sarawak mencipta rekod kejohanan, atlet-atlet yang bertanding perlu meraih sebanyak mungkin pingat emas.
Pada SUKMA edisi ke-20 di Kuala Lumpur pada tahun 2022, Sarawak menduduki tempat keempat daripada keseluruhan 15 kontingen yang mengambil bahagian, dengan pungutan 32 pingat emas, 43 pingat perak dan 52 pingat gangsa.
"Harapan terbesar kita untuk melihat kejayaan cemerlang atlet-atlet Sarawak dalam meraih seberapa banyak pingat emas dan akan mencipta rekod kejohanan, yang sudah pasti menaikkan imej Sarawak sebagai kuasa sukan di Malaysia.
"Saya dengan ini menggesa semua warga Sarawak di segenap pelosok negeri ini agar keluar meraikan temasya berprestij ini, dengan memberi sokongan padu dan semangat juang kepada atlet-atlet sarawak yang bertanding dalam apa jua arena sekalipun.
"Selain itu juga berilah sokongan sorak juga kepada atlet negeri-negeri lain yang turut bertanding," katanya ketika berucap pada perasmian program Larian Baton sempena SUKMA ke-21 peringkat Bahagian Sibu, di Dataran Tun Tuanku Bujang pada Sabtu.
Terdahulu larian membawa Baton SUKMA ke-21 bermula di Dataran Tun Tuanku Bujang, mengelilingi Bandar Sibu sejauh tiga kilometer dengan melibatkan penyertaan 650 orang.
Bahagian Sibu merupakan destinasi kelima untuk acara larian baton dan akan diteruskan ke bahagian lain sehingga ke Bahagian Kuching.
Tiang berkata penganjuran SUKMA edisi ke-21 di Sarawak pada tahun ini merupakan yang terbesar dalam sejarah penganjuran temasya tersebut, melibatkan 37 jenis sukan dengan 488 acara dipertandingkan mampu meninggalkan impak positif kepada perkembangan sukan negara.
Pada masa sama katanya, Sarawak juga mahu menjadikan penganjuran SUKMA edisi ke-21 sebagai yang terbaik pernah diadakan dan berjaya dengan cemerlang.
Tiang berkata dianggarkan lebih 12,000 atlet dan pegawai turut serta, manakala lebih 2,000 atlet dan pegawai bagi Para SUKMA mewakili 13 buah negeri, Wilayah Persekutuan dan negara Brunei akan mengambil bahagian.
Beliau berkata SUKMA ke-21 juga akan menyaksikan sembilan bahagian di Sarawak sebagai lokasi pertandingan, berbanding SUKMA pada tahun 2016 yang hanya melibatkan Bahagian Kuching, Sibu dan Miri.
Ini supaya atlet daripada negeri-negeri lain dapat menikmati kekayaan budaya berbilang kaum, keindahan alam semulajadi dan pembangunan pesat yang dialami Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 18 2024
Pada SUKMA edisi ke-20 di Kuala Lumpur pada tahun 2022, Sarawak menduduki tempat keempat daripada keseluruhan 15 kontingen yang mengambil bahagian.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.