awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma: Demam tak halang Nur Aiman tuai emas

Bernama
Bernama
12/09/2018
10:32 MYT
Sukma: Demam tak halang Nur Aiman tuai emas
Nur Aiman beraksi dalam acara ujian masa perseorangan lelaki Sukma 2018 di Arena Batu Kurau hari ini. - BERNAMA
Pelumba Terengganu, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff mengetepikan masalah kesihatan untuk mempamerkan kayuhan bertenaga sekali gus menuai emas kedua Terengganu dalam acara berbasikal (lebuh raya) ujian masa individu lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018, hari ini.
Pelumba prolifik yang berasal dari Setiu, Terengganu itu mencatat masa terpantas 43 minit 53.128 saat, meninggalkan rakan sepasukan Muhammad Shaiful Adlan Mohd Shukri di tempat kedua untuk mengutip pingat perak dengan catatan masa 44:52.161s.
Pingat gangsa diraih pelumba dari Selangor, Muhsin Al Redha Misbah dengan catatan 45:35.035s.
Mengulas mengenai perlumbaannya, Nur Aiman, 20, berkata pelbagai dugaan menimpanya sebelum beliau menyertai perlumbaan hari ini.
"Sebelum ini, di Sukan Asia Indonesia saya mengalami demam yang menggangu persembahan dan semalam, saya sekali lagi mengalami demam namun saya gagahkan juga kerana ini merupakan SUKMA yang terakhir.
"Tetapi hari ini saya bersyukur dapat menamatkan perlumbaan dengan masa terpantas serta menyumbang pingat untuk negeri kelahiran saya," katanya kepada Bernama hari ini.
Untuk rekod, Nur Aiman merupakan penyandang pingat emas acara yang sama pada edisi SUKMA yang lalu di Sarawak.
Terdahulu, dengan kejayaan Nur Aisyah Mohamad Zubir dan Nurul Najihah Inani A. Aziz pada sesi di sebelah pagi yang, masing-masing menghadiahkan emas pertama dan perak buat Terengganu dalam kategori ujian masa individu wanita, acara berbasikal kekal sebagai lubuk emas untuk kontinjen Sang Penyu. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Nur Aiman Mohd Zariff
#Sukan Malaysia
#SUKMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan