awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukma: MSN buat rayuan

Astro Arena
Astro Arena
19/01/2018
10:50 MYT
Sukma: MSN buat rayuan
Persiapan Perak di semua venue dan keperluan logistik untuk penganjuran Sukma 2018 pada September ini berjalan lancar, kata Beng Choo. - Gambar fail
TIGA sukan yang digugurkan daripada sukan teras berpeluang untuk dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ipoh 2018 apabila semua Majlis Sukan Negeri (MSN) sebulat suara membuat rayuan rasmi supaya diterima dalam temasya yang dijadualkan September ini.
Setiausaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal Sukma 2018, Datuk Low Beng Choo, berkata perkara itu telah diputuskan dan rayuan akan dibawa ke Majlis Tertinggi Sukma 2018 yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin nanti.
Menurutnya, MSN sedia untuk memberikan alasan yang sewajarnya supaya tiga acara iaitu sepak takraw, angkat berat dan taekwondo dipertandingkan dalam Sukma 2018.
"Tiga sukan ini berpeluang dipertandingkan. Jika ada rayuan, saya rasa ada peluang. Berjaya atau tidak, itu kita tidak tahu.
"Oleh itu, latihan perlu diteruskan, jangan gugurkan sebab manalah tahu. MSN harus menganggap ia sebagai persiapan jangka panjang bukan hanya untuk Sukma di Perak, tetapi Sukma di Johor selepas ini," katanya.
Mengenai persiapan Perak untuk penganjuran Sukma 2018 pada 12 hingga 22 September ini, Beng Choo berkata persiapan di semua venue dan keperluan logistik berjalan lancar.
"Kami yakin kerajaan negeri akan memastikan semua venue dan kemudahan untuk Sukma siap mengikut jadual," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#Khairy Jamaluddin
#Low Beng Choo
#Majlis Olimpik Malaysia
#Majlis Sukan Negeri
#Olimpik
#Perak
#rayuan
#sukan teras
#Sukma 2018
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan