Kebanggaan negara dan rakyat!.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda 'Rtes Annaversary' bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.
Baginda yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3 pagi tadi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini dan membenam rekod tiga jam lebih awal untuk menamatkan perlumbaan.
Baginda yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat , meleburkan rekod atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatkan enam jam 26 minit.
Jumlah purata kelajuan ialah 20:994 kilometer sejam.
Lebih istimewa penyertaan baginda adalah pertama kali dalam sejarah Sukan SEA.
Ketika ditemu bual secara eksklusif oleh Bernama selepas selesai acara itu, baginda melahirkan rasa syukur dan gembira atas kemenangan Malaysia dan menyifatkan ia adalah hasil kerjasama semua pihak.
Sultan Mizan sempat berkongsi keserasian bersama kuda dari Australia itu dan dengan wajah ceria baginda menyatakan bahawa keserasian mereka telah wujud sejak lapan tahun lalu hingga mampu melakar beberapa kemenangan dalam pelbagai kejohanan peringkat dunia sebelum ini.
Bagi menghadapi kejohanan tersebut baginda telah berlatih setiap hari tanpa mengambil mudah setiap cabaran yang bakal dihadapi walaupun TIEP umpama 'padang permainan' baginda.
"Untuk memasuki sukan ini ada beberapa mata yang perlu diambil kira sebelum terpilih untuk mewakili Malaysia...keinginan untuk mewakili negara ini berlaku secara kebetulan ekoran saya juga telah menceburi sukan ini.
Tuanku turut berkongsi 'resipi' sepanjang perlumbaan itu, dengan mengisi masa berbual bersama atlet Malaysia yang lain kerana masing-masing sentiasa seiring sejak awal pelepasan.
"Saya rasa bersyukur kehadrat Allah kerana semua selamat dan acara ini dapat dilakukan di negeri Terengganu, serta mendapat sambutan daripada orang ramai," titah baginda.
Selain itu baginda mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia, pengurus pasukan Che Mat Din Ismail, kesemua penunggang, groom kru, pembantu veterinar, pemasang ladam kuda dan semua yang terlibat bertungkus-lumus untuk memberi kejayaan kepada pasukan baginda.
Sultan Mizan bertitah pada Mei tahun depan, Terengganu bakal mengadakan Kejohanan Piala Kuda Lasak Asia dan baginda melahirkan harapan untuk menjadikan Terengganu sebagai lokasi perlumbaan Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia pada masa akan datang.
Baginda turut berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana menyokong usaha mewujudkan sukan kuda lasak di negeri ini. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2017
Baginda yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat. - fotoBERNAMA
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Sukan SEA: Giliran Filipina pula
Tuan rumah edisi ke-30 itu telah mencadangkan beberapa provinsi di Central Luzon sebagai venue bagi temasya dwitahunan itu.
Pelajar bakar mercun di Stadium Shah Alam ditahan
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata suspek berusia 16 tahun itu ditahan ketika sedang beratur untuk keluar dari stadium.
Saya kecewa, namun bangga dengan apa kita ada untuk masa depan - TMJ
Apa yang penting sekarang, belajarlah daripada kesilapan. Belajar daripada kekalahan untuk digunakan sebagai senjata untuk masa kita yang akan datang, kata TMJ
Azizulhasni lakar sejarah lengkapkan tiga misi
Juara Keirin Dunia 2017 Mohd Azizulhasni Awang melakarkan sejarah apabila menjadi individu yang melengkapkan sasaran negara dan skuad berbasikal negara dalam pemburuan pingat emas.
Guna pengangkutan awam ke penutup Sukan SEA esok
Orang ramai diminta menggunakan pengangkutan awam untuk ke upacara penutup Sukan SEA Ke-29 (KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, esok.
Khairy yakin Malaysia mampu capai 120 emas
Menteri Belia dan Sukan yakin kontinjen negara mampu mencapai jumlah 120 pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sebelum temasya edisi ke-29 itu melabuhkan tirainya Rabu ini.
KL2017: Sasaran pingat emas ke-111 negara semakin hampir, ayuh Malaysia bangkit!
Pingat emas ke-100 negara diperoleh menerusi skuad gimnastik berirama dalam acara gelung bola belantan dan reben.
Shalin Zulkifli terus menyinar
Ikon boling negara Shalin Zulkifli menguasai Masters wanita dengan menghadiahkan emas buat negara.
Ong Kim Swee tidak pandang rekod lama dengan Indonesia
Malaysia tidah mahu merujuk rekod pertemuan terbaru dengan Indonesia bulan lepas sebagai satu ukuran tepat mengenai kekuatan pasukan itu.
KL2017: Skuad bola sepak Indonesia jumpa Malaysia di separuh akhir
Indonesia akan berdepan dengan tuan rumah Malaysia pada saingan separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Sabtu ini.