awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumareh kembali ke Malaysia selepas empat bulan bersama kelab Thailand

Bernama
Bernama
03/01/2021
06:14 MYT
Sumareh kembali ke Malaysia selepas empat bulan bersama kelab Thailand
Sumareh dipercayai telah ditawarkan gaji lumayan untuk menyertai salah sebuah pasukan teratas Liga Super, yang akan memulakan saingan musim ini pada Februari depan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh kembali ke Malaysia, selepas empat bulan bersama kelab Liga Thailand, Police Tero FC.
Pemain naturalisasi Malaysia berusia 26 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada kelab Thailand itu yang memberinya peluang selain merawat kecederaannya semasa bersama-sama kelab berkenaan, sejak September 2020.
"Ia sesuatu yang mencabar sebagaimana sebelum ini, namun ia mempersiapkan saya untuk tahun baharu 2021 dan saya sudah bersedia secara fizikal mahupun mental.
"Saya telah memutuskan untuk kembali ke Malaysia dan saya yakin pengalaman saya dalam Liga Thailand menerusi Police Tero FC akan memberi manfaat yang besar," katanya dipetik dalam kiriman terbaharu menerusi akaun Instagramnya@sumareh_jnr26.
Sebelum ini dilaporkan, pemain berasal dari Gambia itu terlibat dalam kemelut dengan Sri Pahang FC setelah mendakwa pasukan Liga Super itu tidak membayar gajinya selama beberapa bulan, sehingga memaksanya mengguna pakai klausa 8.7 yang terkandung dalam kontraknya.
Dalam klausa itu, mana-mana pemain yang tidak dibayar gaji selama sebulan atau lebih, boleh memohon untuk menamatkan kontrak dengan pasukan yang telah melanggar syarat kontrak.
Sumareh kemudian bertindak menyertai Police Tero FC pada 7 Sept lepas, namun beliau hanya membuat empat penampilan bersama kelab itu.
Sebelum ini dilaporkan, kelab Thailand yang diberi jolokan 'The Silver Shields Dragons' itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak jangka pendek pemain itu, melampaui Disember 2020.
Sumareh juga dipercayai telah ditawarkan gaji lumayan untuk menyertai salah sebuah pasukan teratas Liga Super, yang akan memulakan saingan musim ini pada Februari depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamadou Sumareh
#Liga Thailand
#Police Tero FC
#Malaysia
#Thailand
#cedera
#Instagram
#Liga Super
#Gambia
#kemelut
#Sri Pahang FC
#gaji
#kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan