awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF

Bernama
Bernama
09/02/2026
20:10 MYT
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
BWF memaklumkan hadiah wang tunai ditingkatkan bagi semua peringkat kejohanan, dengan Super 1000 menawarkan USD2 juta (RM7.87 juta), meningkat daripada USD1.45 juta (RM5.71 juta) pada 2026. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan memperluas kategori Super 1000 kepada lima kejohanan bermula tahun depan sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Jelajah Dunia BWF.

Ringkasan AI
  • Kategori Super 1000 BWF akan diperluas kepada lima kejohanan bermula tahun depan sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Jelajah Dunia BWF, dengan kejohanan itu akan berlangsung selama 11 hari.
  • Negara seperti Malaysia, China, England, dan Indonesia akan menjadi tuan rumah kejohanan Super 1000, sementara Denmark dinaik taraf daripada Super 750 kepada Super 1000 di bawah pembaharuan struktur Jelajah Dunia.
  • Hadiah wang tunai untuk kejohanan Super 1000 ditingkatkan kepada USD2 juta (RM7.87 juta) daripada USD1.45 juta (RM5.71 juta) pada 2026, manakala hadiah untuk Super 750 dan Super 500 juga mengalami peningkatan.

BWF dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, setiap kejohanan Super 1000 akan berlangsung selama 11 hari, merangkumi dua hujung minggu, sebagai sebahagian daripada penambahbaikan menyeluruh dalam jelajah yang turut merangkumi kategori Super 750, Super 500, Super 300 dan Super 100.
Menurut BWF Malaysia, China, England dan Indonesia akan menjadi tuan rumah kejohanan Super 1000, manakala Denmark dinaik taraf daripada status Super 750 kepada Super 1000 di bawah pembaharuan struktur Jelajah Dunia.
"Kejohanan Dunia BWF akan menggunakan format kumpulan diikuti pusingan kalah mati, memastikan semua pemain beraksi sekurang-kurangnya dua perlawanan. Langkah ini mengurangkan penyingkiran awal dan meningkatkan penglibatan peminat di lebih banyak pasaran.
"Pengenalan format dua minggu di lebih banyak peringkat kejohanan adalah satu penambahbaikan yang dirancang untuk memperbaiki kondisi permainan bagi pemain-pemain terkemuka dunia," menurut kenyataan itu.
BWF memaklumkan, hadiah wang tunai ditingkatkan bagi semua peringkat kejohanan, dengan Super 1000 menawarkan USD2 juta (RM7.87 juta), meningkat daripada USD1.45 juta (RM5.71 juta) pada 2026.
Hadiah untuk Super 750 pula meningkat kepada USD1.1 juta (RM4.33 juta) daripada USD950,000 (RM3.74 juta), manakala acara Super 500 meningkat kepada USD560,000 (RM2.2 juta) daripada USD500,000 (RM1.97 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BWF
#penyingkiran awal
#penglibatan peminat
#kondisi permainan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan