awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sweden belasah Mexico

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
27/06/2018
22:05 MYT
Sweden belasah Mexico
Pemain Sweden Andreas Granqvist meraikan gol kedua pasukan itu pada pertemuan menentang Mexico dalam perlawanan Kumpulan F di Ekaterinburg Arena, Yekaterinburg, Rusia, 27 Jun, 2018. REUTERS
MEXICO 0 SWEDEN 3
Sweden bangkit dari kekalahan kepada Jerman pada perlawanan kedua dengan membelasah Mexico 3-0.
Kemenangan itu memastikan skuad biru kuning itu mara ke pusingan kalah mati.
Berlangsung di Ekaterinburg Arena, Mexico merupakan pasukan pilihan untuk mara bersama Jerman dari kumpulan F.
Seawal minit ke-10, Mexico melancarkan serangan berbahaya ke arah kubu Sweden namun cubaan kaki kiri Miguel Layun sedikit tersasar.
Dua kali Sweden terlepas peluang untuk berada di depan pada minit ke-12, bermula dengan tandukan Andreas Granqvist dan juga cubaan Marcus Berg di depan gol, namun kedua-duanya tidak tepat ke sasaran.
Gol yang dinantikan hanya hadir dalam babak kedua apabila Ludwig Augustinsson menyudahkan hantaran Viktor Claesson pada minit ke-50.
Malang terus menimpa Mexico apabila Sweden dihadiahkan penalti pada minit ke-60, apabila Hector Moreno melakukan kekasaran terhadap Berg dalam kotak penalti dan Granqvist tidak mensia-siakan peluang itu untuk menggandakan jaringan Sweden.
Walaupun sudah semakin hampir untuk mara dengan gol kedua tersebut, Sweden terus menyerang dan hasilnya skuad bimbingan Juan Carlos Osorio mendapat gol ketiga hasil jaringan sendiri pemain Mexico, Edson Alvarez.
Disebalik kekalahan, Mexico tetap mara selaku juara kumpulan berkongsi enam mata dengan Sweden yang muncul juara, kerana mempunyai perbezaan gol yang lebih banyak.
Tonton: Mexico 0-3 Sweden
Topic Berkaitan
#Andreas Granqvist
#Ekaterinburg
#Ludwig Augustinsson
#Mexico
#Miguel Layun
#Sweden
#Viktor Claesson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan