Syahir Rosdi punya sebab tepis dilabel tekong terbaik dunia

Syahir merasakan rakan sepasukannya juga perlu menerima pujian kerana setiap kejayaan itu adalah hasil usaha sebagai sebuah pasukan. - StadiumAstro
DENGAN arena sepak takraw seluruh negara sensasi mengatakan gelaran tekong terbaik dunia kini menjadi milik Syahir Rosdi, namun pemilik tekong tinggi lampai itu lebih menganggap dirinya masih belum layak memikul gelaran tersebut.
Ia gara-gara masih terdapat kelemahan individu yang perlu diperbaiki khususnya aspek servis terkandas serta kawalan mental ketika perlawanan.
Selain itu, Syahir merasakan rakan sepasukannya juga perlu menerima pujian kerana setiap kejayaan itu adalah hasil usaha sebagai sebuah pasukan.
"Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.
"Saya main dalam pasukan, kami kena kuatkan semangat berpasukan.
"Kami sama-sama terbaik," katanya.
Pencapaian skuad sepak takraw negara dalam Sukan SEA Thailand 2025 menyaksikan Syahir serta apit kiri negara, Amirul Zazwan Amir, yang bertugas bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada hari ini diraikan penuh meriah dalam satu upacara penghargaan atas kejayaan mengharumkan nama negara.
"Kami begitu bangga dengan kejayaan mereka sebagai pegawai MARA.
"(Kejayaan) ini juga adalah salah satu hasil kerjasama dengan MARA dan sepak takraw Malaysia sejak dua tahun lalu.
"Bukan sahaja untuk melahirkan bakat baru, kami bersama-sama Persatuan Sepaktakraw Malaysia untuk mengasah lagi bakat-bakat sedia ada.
"Kami telah buktikan bahawa ini satu kerjasama amat baik," Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

