JOHOR BAHRU:Skuad Harimau Selatan hari ini mengumumkan seorang lagi pemain baharu dari Indonesia, Syahrian Abimanyu selepas Danial Amier Norhisham diumumkan sebagai pemain baharu pasukan itu semalam.

Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam laman Facebook rasminya menyatakan pengambilan pemain berusia 21 tahun itu merupakan sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang skuad berkenaan.

"Kelab bola sepak JDT telah menandatangani bekas pelatih Levante berusia 21 tahun, Syahrian Abimanyu dari Indonesia.

"Ini sebagai sebahagian daripada pelan jangka panjang kelab," kata kenyataan ringkas itu.

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan Danial Amier, bekas pemain Felda United untuk menyarung jersi Harimau Selatan dengan kontrak selama dua tahun.

-- BERNAMA