awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syaidatul Afifah umum persaraan, tumpu kerjaya baru

Astro Arena
Astro Arena
02/09/2020
21:39 MYT
Syaidatul Afifah umum persaraan, tumpu kerjaya baru
Syaidatul Afifah dikhabarkan mahu menumpukan terhadap kerjaya sebagai seorang ikon media sosial. - Foto Astro ARENA
Pemain boling tenpin kebangsaan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan persaraannya selepas 11 tahun mewakili negara.
Juara acara berpasukan wanita dalam Kejohanan Boling Dunia 2017 itu menghantar surat menarik diri daripada skuad kebangsaan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) pada Rabu.
Apakah yang menjadi punca Syaidatul Afifah mengambil keputusan sedemikian?
Itu persoalan utama yang bakal terjawab dalam sidang media yang akan diadakannya dalam masa terdekat.
Syaidatul Afifah, 29, dikhabarkan mahu menumpukan terhadap kerjaya sebagai seorang ikon media sosial.
BACA: Syaidatul Afifah hampir putus asa sebelum pulih daripada pneumonia
Keputusan itu diambil selepas berbincang dengan keluarganya di Ipoh, Perak memandangkan dia antara pemain yang konsisten berada dalam senarai enam pemain terbaik kebangsaan sejak 2014.
"Seperti yang anda semua ketahui daripada akhbar dan media sosial, pada hari ini, saya Syaidatul Afifah sudahpun bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan dan sebagai seorang pemain boling kebangsaan," katanya kepada Nadi Arena.
"Hari ini, saya menerima banyak mesej dan panggilan daripada media, jadi saya akan jawab semuanya dalam sidang media yang akan diadakan esok (Khamis)."
Topic Berkaitan
#bersara
#boling
#bowling
#ikon media sosial
#kerjaya baru
#Syaidatul Afifah Badrul Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan