Selepas menampilkan prestasi mengecewakan pada Sukan Asia 2018, jaguh karate negara Syakilla Salni Jefry Krisnan bakal 'berguru' di Amsterdam, Belanda selama tiga bulan dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata usaha tersebut merupakan kerjasama persefahaman antara MSN dan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) melibatkan tiga lagi atlet karate berpontensi - Prem Kumar, P. Madhuri dan Somanroy Arulveeran.
Beliau, bagaimanapun berkata hanya Syakilla, 27, yang juga pemenang pingat emas acara Kumite Bawah 61 kilogram (kg) pada Sukan Asia 2014 akan dihantar menjalani latihan di Amsterdam dan menyertai beberapa kejohanan Karate1 (K1) di sana.
"MAKAF dan MSN bersetuju melaksanakan program kelayakan atlet karate ke Sukan Olimpik, dan kita mengenal pasti empat atlet masih mempunyai peluang dan hanya Syakilla mempunyai mata kelayakan yang membolehkan beliau menyertai kejohanan K1 sementara tiga lagi masih belum cukup.
"Kita (MAKAF dan MSN) juga bersetuju dengan cadangan menghantar Syakilla menjalani latihan lebih awal di Amsterdam bersama-sama kumpulan atlet antarabangsa di sana yang juga sedang dalam persiapan awal melayakkan diri ke Sukan Olimpik," katanya selepas pertemuan antara MAKAF dan MSN di sini, hari ini.
Ahmad Shapawi berkata Amsterdam bukan venue asing bagi Syakilla yang bakal memulakan program tersebut bermula bulan depan memandangkan beberapa rakan kerja MSN yang membantu persiapan skuad karate negara menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, berpangkalan di sana.
"Amsterdam bukan satu tempat asing untuk kita menghantar Syakilla kerana kita mempunyai rakan yang dapat membantu beliau di sana dan mereka itu pernah membantu kita semasa persiapan Sukan SEA lepas," katanya.
Pada masa sama, beliau memaklumkan tiga lagi atlet karate negara tersebut akan menjalani latihan di dalam negara sebelum menyertai Syakilla yang juga akan beraksi dalam kejohanan Siri A di Austria, Mac depan.
Sebagai rekod, Syakilla diberi pengiktirafan tertinggi apabila dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, Ogos tahun lepas.
Namun, beliau yang merupakan salah seorang prospek emas negara bukan sahaja gagal mempertahankan pingat emas dimenanginya, malah turut gagal menempatkan diri dalam kedudukan podium. -- Bernama
Bernama
Tue Jan 22 2019
Selain latihan, Syakilla bakal menyertai beberapa kejohanan Karate1 (K1) di Amsterdam. - BERNAMA/Fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Shamendran dilantik ketua jurulatih sementara skuad karate kebangsaan
Shamendran mengisi kekosongan yang ditinggalkan penyandangnya, Tamer Abdelraouf Mohamed Mourssy yang tamat kontrak pada hujung tahun ini.
Sukan wushu, karate sah dipertanding di Sukan SEA Thailand - Kim Fatt
Dua sukan tempur yang merupakan lubuk emas negara, wushu dan karate sah akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand 2025, kata Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) Datuk Chong Kim Fatt.
AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.
Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
MAKAF janji elaun bulanan jika atlet duduki ranking lima terbaik dunia
Langkah diambil bagi memberi tonik tambahan kepada atlet agar berusaha lebih gigih menampilkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.
Karate pastikan akaun pingat Malaysia aktif
Kem karate negara menambah kutipan pingat kontinjen Malaysia pada penghujung temasya.
Sukan Asia: Malaysia rangkul perak kata berpasukan wanita
Skuad kata wanita negara melakar pencapaian membanggakan apabila menghadiahkan pingat perak dalam acara berpasukan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gimnasium Pusat Sukan Linping, hari ini.
Sukan Asia Hangzhou: Cabaran Sureeya berakhir di pusingan 16
Perjalanan pemenang pingat emas acara kumite 60 kilogram Sukan SEA Phnom Penh berakhir di pusingan 16 terbaik.
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.
Sukan Asia Hangzhou: Lovely Anne Robberth mara ke pentas final
Lovely Anne akhirnya berjaya menempatkan dirinya di kedudukan teratas Pool 1 sekaligus mengetepikan cabaran atlet Taiwan dan Vietnam.