SUKAN
Syamsul Saad ketua jurulatih baharu Perak FA
PAFA hari ini mengumumkan pelantikan Syamsul Saad sebagai Ketua Jurulatih baharu Perak FA bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026 serta temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor. - Foto Facebook Perak FA
Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) hari ini mengumumkan pelantikan Syamsul Saad sebagai Ketua Jurulatih baharu Perak FA bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro 2025/2026 serta temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor.
Pelantikan bekas pemain dan jurulatih berpengalaman itu diumumkan selepas PAFA terlebih dahulu mengesahkan pelantikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak Datuk Ahmad Sabri Mohamed sebagai Pengurus Pasukan.
Presiden PAFA Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata pemilihan Syamsul, yang lebih dikenali sebagai 'Coach Choi', dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pembangunan bola sepak negeri.
"Syamsul bukan nama asing dalam arena bola sepak Perak. Beliau pernah menyarung jersi negeri ini dan menyumbang kepakaran sebagai jurulatih sebelum ini." katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi Perak FA, hari ini.
Syamsul sebelum ini pernah menjawat beberapa jawatan utama dalam kejurulatihan bola sepak negeri, termasuk Penolong Ketua Jurulatih Perak FA (2012-2013), Ketua Jurulatih skuad Piala Presiden dan SUKMA (2014-2016), serta mengetuai pasukan utama dalam saingan Liga Super 2017.
-- BERNAMA