[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
SPORTS

Syed Saddiq minta 'ekor harimau' jaga perlakuan dan 'have fun'

Malik Ridhwan 11/12/2018 | 14:09 MYT
Menerusi catatannya di Twitter, Saddiq menyarankan orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata dan tidak merokok di kawasan stadium. - Foto Twitter/@StadiumMalaysia
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengingatkan rakyat Malaysia untuk menjaga perlakuan ketika menonton perlawanan final pusingan pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Menerusi catatannya di Twitter, Saddiq menyarankan orang ramai agar tidak membuang sampah merata-rata dan tidak merokok di kawasan stadium.
"Paling penting, have fun and scream your lungs out for Harimau Malaya!" kata Saddiq.
Dalam muat naik tersebut, Saddiq turut melampirkan sekeping gambar memperlihatkan beliau menaiki LRT untuk ke Bukit Jalil.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#AFF Suzuki Cup #Bukit Jalil #harimau Malaya #Syed Saddiq #WeBelangTogether