Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

Sze Fei-Nur Izzuddin, Tang Jie-Ee Wei tempah slot ke separuh akhir Terbuka Australia

Bernama 21/11/2025 | 10:15 MYT
Sze Fei-Nur Izzuddin terpaksa mengerah keringat sebelum menewaskan pasangan kombinasi Korea Selatan dan Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem, 21-13, 20-22, 22-20. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dua wakil Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke separuh akhir Terbuka Australia 2025 di Sydney, hari ini.


Ringkasan AI
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak cemerlang, mara ke separuh akhir Terbuka Australia 2025 di Sydney.
  • Sze Fei-Nur Izzuddin menewaskan pasangan kombinasi Korea Selatan dan Malaysia dalam aksi suku akhir yang sengit dengan skor 21-13, 20-22, 22-20 selepas 69 minit.
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati status pilihan utama dengan kemenangan keempat dalam lima pertemuan ke atas pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, dalam masa 37 minit.


Pilihan kedua kejohanan, Sze Fei-Nur Izzuddin bagaimanapun terpaksa mengerah keringat sebelum menewaskan pasangan kombinasi Korea Selatan dan Malaysia, Choi Sol Gyu-Goh V Shem, 21-13, 20-22, 22-20 dalam aksi suku akhir selama 69 minit kejohanan Super 500 itu di Quaycentre, Olympic Boulevard.

Gandingan profesional negara itu akan berdepan pasangan bukan pilihan dari Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin yang mencipta kejutan menewaskan beregu lelaki negara yang juga pilihan ketiga, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, 21-15, 19-21, 21-15.



Sebelum itu, Tang Jie-Ee Wei menepati status pilihan utama dengan mencatat kemenangan keempat dalam lima pertemuan ke atas pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan, 21-17, 21-15 dalam masa 37 minit.


Beregu campuran nombor empat dunia itu akan berdepan Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai dalam perlawanan separuh akhir esok.

Pasangan Thailand itu pula bangkit untuk menewaskan cabaran beregu Taiwan, Yang Po-Hsuan-Hu Ling Fang 17-21, 21-15, 21-12.

-- BERNAMA








#Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei #Separuh Akhir #Badminton Terbuka Australia