awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
Antoine Semenyo sah sertai Manchester City dengan yuran perpindahan 65 juta pound
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani

Sinar Harian
Sinar Harian
14/05/2019
00:02 MYT
'Tak perlu guling, bawa calon yang layak' - Bibi Ramjani
Bibi Ramjani berkata, beliau mengalukan mana-mana pemegang taruh Kafa untuk mengangkat calon penggantinya. - Gambar fail
“TAK perlu guling, bawa calon yang layak.”
Demikian saranan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan kepada ahli gabungan badan induk itu supaya mengemukakan nama individu yang mampu menggantikannya sebagai presiden baharu.
Bibi Ramjani berkata, beliau mengalukan mana-mana pemegang taruh Kafa untuk mengangkat calon penggantinya dan kemudian usahawan batik itu sendiri akan melepaskan jawatan nombor satu berkenaan.
“Minta PBJ bawa calon yang mereka rasa betul-betul sempurna, saya sendiri akan keluar (letak jawatan). Kita bukan orang politik, semua IC (kad pengenalan) 03 (kod negeri Kelantan).
“Kita mesti nak tengok Kelantan menjadi pasukan yang disegani sebab mandat yang diberikan (hingga) 2021, jadi tak perlu nak guling. Kita ini semua ke arah satu tujuan untuk (perbaiki) imej bola sepak Kelantan,” katanya ketika mengulas desakan terbaharu ahli gabungan Kafa yang mahu beliau disingkirkan.
BACA: Undi tidak percaya terhadap Bibi Ramjani selepas Aidilfitri
BACA: Isu taja TRW: Saya kata jangan pikul 'biawak hidup' - Vida
Sinar Harian semalam melaporkan, tujuh PBJ bakal mengutus surat mendesak Kafa mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi memilih presiden baharu, selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, bulan depan.
Penggal pentadbiran Bibi Ramjani bakal berakhir dua tahun lagi namun tekanan demi tekanan daripada PBJ dan penyokong setia bola sepak negeri itu memungkinkan beliau memendekkan tempoh perkhidmatannya, tidak lama lagi.
Setakat ini, hanya seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Ab Aziz dilihat cukup berminat mengambil alih pucuk pimpinan persatuan yang sarat dengan hutang itu.
Jelas Bibi Ramjani lagi, beliau sudah lama membayangkan mahu mengundur diri sekali gus memberi laluan kepada muka baharu menerajui badan induk bola sepak Kelantan.
“Saya pun sebenarnya dah lama bersedia untuk beri (jawatan) kepada orang yang mampu, rasanya saya tak mampu atasi (kemelut persatuan) seorang diri,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#bola sepak
#KAFA
#krisis KAFA
#PBJ
#presiden KAFA
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan