awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak puas hati keputusan penalti, pengadil diserang pemain

Sinar Harian
Sinar Harian
17/12/2024
10:15 MYT
Tak puas hati keputusan penalti, pengadil diserang pemain
Tangkap layar video tular menyaksikan seorang pengadil ditumbuk pemain kerana berang pasukan lawan diberikan sepakan penalti.
PUCHONG: Berang pasukan lawan diberikan sepakan penalti, seorang pengadil perlawanan bola sepak diserang dan ditumbuk berkali-kali oleh pemain.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 42 saat tular di laman media sosial berhubung kejadian tersebut yang berlaku di Puchong Jaya, di sini pada Ahad.
Kata beliau, pihaknya telah menerima satu laporan yang dibuat oleh lelaki tempatan berusia 38 tahun berhubung kejadian berlaku jam 7.10 malam, semasa pengadu bertugas sebagai pengadil perlawanan.
"Mangsa telah ditumbuk oleh orang yang dikenali kerana tidak berpuas hati dengan keputusan sepakan penalti diberikan kepada pihak lawan.
"Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan atas kesalahan gaduh gempar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut beliau, jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Katanya, kes masih dalam siasatan dan pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tumbuk pengadil
#perlawanan bola sepak
#Puchong
#Polis Serdang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan