SUKAN
Tang Jie- Ee Wei juara Terbuka Australia
Tang Jie-Ee Wei menumbangkan gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah–Felisha Alberta Pasaribu menerusi kemenangan straight set 21-16, 21- 11. - Gambar fail
BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei muncul juara Terbuka Australia sekali gus merangkul kejuaraan pertama dalam Siri Jelajah Dunia BWF pada Ahad.
Dalam aksi final yang berlangsung di Sydney Olympic Park, gandingan pilihan utama itu tidak berdepan banyak masalah untuk menewaskan pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah–Felisha Alberta Pasaribu menerusi kemenangan straight set 21-16, 21- 11 dalam tempoh 42 minit.
Kejayaan manis itu turut menyaksikan mereka membawa pulang habuan AS$37,525 (RM155,190) selaku juara kejohanan.
Sebelum ini, pasangan nombor empat dunia itu yang muncul juara Kejohanan Dunia pada Ogos lalu pernah mara ke final Masters China pada September lalu dan muncul naib juara.
Selain itu, mereka perjalanan mereka banyak terhenti di peringkat separuh akhir dalam beberapa kejohanan utama tahun ini termasuk Terbuka Denmark, Terbuka Macau, Terbuka Jepun, Terbuka Indonesia, Terbuka India dan Terbuka Malaysia. - Sinar Harian