SPORTS
Tang Jie-Wen Tse gagal ke final Terbuka Taiwan

Pasangan negara yang juga pilihan ketujuh tunduk 11-21, 15-21 kepada pilihan keempat dari Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu. - Foto BAM
KUALA LUMPUR: Beregu campuran baharu negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse gagal mara ke pentas final, sekali gus menamatkan cabaran Malaysia pada kejohanan Terbuka Taiwan 2025 hari ini.
Ringkasan AI
- Beregu campuran baharu negara tersingkir di separuh akhir Terbuka Taiwan 2025 selepas tewas kepada pasangan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu.
- Tang Jie dijangka kembali bersama rakan tetapnya Toh Ee Wei di Terbuka Singapura 2025 selepas kejohanan Masters Malaysia 2025, berikutan keputusan BAM untuk memisahkan sementara gandingan mereka sebelum ini.
- BAM mengumumkan bahawa pasangan asal Tang Jie-Ee Wei akan digandingkan semula selepas perbincangan mendalam dan permintaan daripada kedua-dua pemain sendiri.
Selepas itu, Tang Jie akan kembali bergandingan bersama rakan tetapnya Toh Ee Wei pada kejohanan Terbuka Singapura 2025, dari 27 Mei hingga 1 Jun.
Pada Mac lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan gandingan Tang Jie-Ee Wei dipisahkan buat sementara waktu susulan cadangan daripada panel kejurulatihan, termasuk Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara Rexy Mainaky dan Ketua Jurulatih Beregu Campuran Negara Nova Widianto, semasa mesyuarat Jawatankuasa Prestasi baru-baru ini.
Ketegangan antara Tang Jie dan Ee Wei dilaporkan tercetus pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, apabila mereka tersingkir di suku akhir selepas tewas 19-21, 14-21 kepada pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun.
Rentetan itu, gandingan baharu Tang Jie-Wen Tse serta Ee Wei-Loo Bing Kun dibentuk secara sementara.
Bagaimanapun, BAM bulan lepas mengumumkan bahawa Tang Jie dan Ee Wei akan digandingkan semula selepas mendapat permintaan daripada kedua-dua pemain serta hasil perbincangan mendalam bersama panel kejurulatihan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami