awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
PLKN: Pendaftaran sebahagian pelatih di Kem 505 Pekan ditangguhkan, elak lebih kapasiti
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tang Jie-Ee Wei pamer prestasi positif - Rexy

Bernama
Bernama
23/08/2025
03:40 MYT
Tang Jie-Ee Wei pamer prestasi positif - Rexy
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menunjukkan perkembangan positif dalam sesi latihan sekali gus memberi petanda baik menjelang Kejohanan Badminton Dunia yang akan bermula Isnin ini di Paris, Perancis. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menunjukkan perkembangan positif dalam sesi latihan sekali gus memberi petanda baik menjelang Kejohanan Badminton Dunia yang akan bermula Isnin ini di Paris, Perancis.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berharap pasangan itu dapat mengekalkan momentum tersebut apabila beraksi di kejohanan berkenaan.
"Saya nampak sudah ada kemajuan bagi Tang Jie-Ee Wei dalam sesi latihan sebelum ini.
"Walaupun ia belum signifikan tetapi bagi saya, ini perkembangan positif buat mereka," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, baru-baru ini.
Pasangan di ranking keempat dunia itu, sebelum ini bergelut mencari rentak terbaik hingga pada satu ketika berpisah sementara pada Mac namun kembali bergandingan kurang sebulan kemudian.
Malah pasangan tersebut juga gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam mana-mana kejohanan disertai mereka tahun ini dengan terkandas di separuh akhir sebanyak lima kali, termasuk pada Terbuka Macau.
Dalam pada itu, Rexy berharap Tang Jie-Ee Wei segera melupakan kisah lama mereka dan tidak mengulangi kesilapan sama di Kejohanan Dunia.
Pada Kejohanan Dunia tahun ini, Tang Jie-Ee Wei menerima bye pada pusingan pertama dan dijangka berdepan beregu India, Rohan Kapoor-Ruthvika Gadde yang menghuni ranking ke-33 dunia di pusingan kedua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#Kejohanan Badminton Dunia
#Rexy Mainaky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan