awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tawaran kerakyatan Indonesia, Dharma Raj masih tunggu dan lihat

Bernama
Bernama
03/07/2023
12:41 MYT
Tawaran kerakyatan Indonesia, Dharma Raj masih tunggu dan lihat
Dharma Raj berkata beliau masih menanti tawaran rasmi setelah ditawarkan secara lisan oleh Federasi Hoki Indonesia sebelum Sukan SEA 2023 di Kemboja berlangsung, Mei lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih pasukan hoki wanita negara Muhammad Dharma Raj Abdullah yang mencipta sensasi di Indonesia, mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung tawaran kewarganegaraan republik itu.
Pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia berusia 53 tahun itu berkata beliau masih menanti tawaran rasmi setelah ditawarkan secara lisan oleh Federasi Hoki Indonesia sebelum Sukan SEA 2023 di Kemboja berlangsung, Mei lepas.
"Selepas terima tawaran rasmi baru saya boleh buat keputusan. Saya perlu menilai daripada pelbagai sudut secara teliti. Setakat ini saya terima sokongan (jadi rakyat Indonesia) daripada banyak pihak di sana.
"Saya difahamkan ada cara bagi membolehkan seseorang itu diberikan kerakyatan Indonesia antara yang lebih sinonim dengan bidang sukan adalah proses naturalisasi seperti pemain bola sepak dan bola keranjang," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Dharma Raj yang juga pengendali kedua-dua skuad hoki dalam dewan serta padang lelaki dan wanita Indonesia, berkata setakat ini tiada jurulatih luar diberikan kerakyatan Indonesia menerusi proses naturalisasi.
Beliau dilantik sebagai pengarah teknikal pasukan hoki kebangsaan Indonesia dengan kontrak hingga Disember 2025 pada Mac 2021 selepas 10 bulan memegang jawatan pengarah teknikal hoki Wilayah Jawa Barat.
Prestasi hoki Indonesia menunjukkan peningkatan mendadak sejak kehadiran Dharma Raj dan beliau membimbing pasukan dalam dewan lelaki republik itu mencipta sejarah merangkul emas sulung di Kemboja dengan menewaskan Malaysia di final.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#tawaran rasmi
#pelbagai sudut
#pasukan hoki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan