BEIJING: Telesidang ketua delegasi Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing yang disertai 75 wakil dari Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) serta 36 buah negara dan kawasan anggota IPC dirasmikan pada Isnin.
Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, Cai Qi berkata pihaknya mengambil berat cadangan daripada pelbagai negara dan kawasan yang terlibat untuk mengutamakan atlet dengan menawarkan medan pertandingan yang canggih serta perkhidmatan bermutu tinggi sehingga atlet dapat memperoleh pengalaman menakjubkan.
Menurut Cai, khusus bagi memastikan kelancaran dan keselamatan temasya sukan kali ini, satu jawatankuasa kerja khas kawalan dan pencegahan wabak COVID-19 terdiri pihaknya bersama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), IPC dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut diwujudkan.
Sementara itu, Pengerusi IPC, Andrew Parsons pula menyatakan kerajaan China telah melaksanakan langkah kawalan dan pencegahan yang berkesan sehingga berjaya membendung penularan wabak, dan dapat menyelesaikan kerja pembinaan gelanggang pertandingan setahun lebih awal berbanding jadual walaupun menghadapi pelbagai cabaran akibat pandemik.
Sehubungan itu katanya, masyarakat antarabangsa turut yakin Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing akan diadakan dengan selamat seperti dirancang.
Selain itu, Parsons turut percaya Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing dijangka memberi galakan besar kepada warga Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh dunia, mendorong pembangunan acara sukan paralimpik antarabangsa, seterusnya mewujudkan persekitaran masyarakat yang lebih mesra OKU.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 02 2021

Menara Olympic kelihatan di Beijing, China, 4 Feb, 2021. REUTERS

PKPD di MTAQ Pulau Chondong bermula 21 April
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat (MTAQ), Pulai Chondong, Machang, Kelantan bermula 21 April sehingga 4 Mei 2021. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub menjelaskan Kementerian Kesihatan melaporkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di MTAQ Pulai Chondong, Machang.

Kebebasan Media | Malaysia jatuh 18 tangga dalam indeks global
Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 berbanding tahun lepas, sekaligus mencatatkan kemerosotan paling teruk dari tahun ke tahun. Pada 2021 Malaysia berada di kedudukan ke-119 berbanding ke-101 pada 2020.

Ramadan 2021 | Mulut berbau? Apa puncanya?
Kajian menunjukkan, seorang dari empat orang akan ada masalah mulut berbau. Ia bermakna lebih kurang 25 peratus daripada populasi mengalamai masalah tersebut.

Hilang Kepercayaan | Bersatu perak siasat video tular
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan menyiasat video yang tular kononnya beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian Larut hilang kepercayaan terhadap Ketua Bahagian mereka.

Langgar SOP | Bazar Ramadan Batu Buruk dalam pemantauan PBT
Bazar Ramadan Batu Buruk kini dalam pemantauan pihak berkuasa kerana masih belum mencapai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang memuaskan.

Gagal Patuh SOP | Penganjur bazar Ramadan dikenakan notis amaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengeluarkan notis amaran kepada dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam operasi pemantauan petang Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor notis berkenaan dikeluarkan selepas mereka gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Isu Pembayaran | Dua lelaki ditahan gaduh luar restoran
Polis menahan dua lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di Ipoh selepas ia tular di media sosial pada Selasa. Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, A Asmadi Abdul Aziz kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan kerana isu pembayaran makanan.

Kenderaan Terbabas | Nash cedera langgar penghadang jalan
Penyanyi Datuk Nash cedera selepas kenderaan dinaikinya terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Seremban, pada Selasa. Vokalis kumpulan Lefthanded itu dengan nama sebenar Jamaludin Elias, 62 tahun, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Kompaun | Bukan tindakan menganiaya
Kompaun 1,500 ringgit terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi di Perak bukan untuk menganiayai mereka.

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Telesidang ketua delegasi Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 dirasmikan
Pihaknya mengambil berat cadangan daripada pelbagai negara dan kawasan yang terlibat untuk mengutamakan atlet dengan menawarkan medan pertandingan yang canggih serta perkhidmatan bermutu tinggi.