MAN UTD 2 CRYSTAL PALACE 1
Erik ten Hag mengakui bahawa Casemiro telah melampau batas hingga mengundangnya dibuang padang ketika Manchester United menang 2-1 ke atas Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi ini.
Begitupun, pengurus Belanda itu percaya pengadil telah terlepas pandang beberapa kekasaran pemain The Eagles.
Sepakan penalti Bruno Fernandes dan satu lagi gol daripada Marcus Rashford meletakkan United 2-0 di depan, tetapi Casemiro diarah keluar padang selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mengesannya mencekik leher Will Hughes dalam perbalahan kedua-dua pasukan yang tercetus akibat tolakan Jeffrey Schlupp terhadap Antony.
Schlupp kemudian menjelmakan debaran ketika permainan berbaki 14 minit tetapi United kental bertahan untuk kemenangan ke-13 berturut-turut di tempat sendiri -- rekod terbaik di Old Trafford sejak menang 20 kali berturut-turut di antara Disember 2010 dan September 2011.
Ten Hag enggan mengeluh dengan keputusan kad merah ke atas bintang antarabangsa Brazil itu yang bakal terlepas tiga perlawanan liga seterusnya buat United, tetapi bekas bos Ajax tersebut berpendapat beberapa pemain Palace, lebih-lebih Jordan Ayew juga sepatutnya dihukum.
“Kami beraksi cemerlang dan ia di tahap yang sangat tinggi dalam 70 minit pertama hingga detik insiden itu berlaku dan kemudian anda boleh lihat bahawa pasukan ini saling berusaha keras,” katanya.
“Ia adalah semangat yang baik dalam sesebuah pasukan dan mereka tidak dapat terima andai salah seorang daripada rakan sepasukan boleh cedera teruk dan begitulah cara Antony dilayan.
"Pasukan ini kekal bersatu hati tetapi sudah tentu, kami perlu mengawal emosi. Tetapi ia benar-benar sukar pada saat getir sebegitu dan saya melihat dua pasukan saling bergaduh.
"Saya melihat kedua-dua pasukan melampaui batas dan kemudian salah seorang pemain terpilih untuk dikeluarkan, dibuang padang. Dan bagi saya, ia tidak wajar.
"Pemain Crystal Palace mengambil risiko besar dengan melakukan kekasaran apabila mengundang kecederaan buruk menerusi tolakannya terhadap pemain kami hingga terkeluar dari garisan tepi padang. Jadi anda faham sahajalah bagaimana keadaan padang di sini. Dan kemudian semua orang bertindak balas, pemain Crystal Palace serta Manchester United, dan bukan setakat Casemiro.
"Ayew adalah salah seorang pemain yang melakukan kekasaran yang lebih teruk daripada Casemiro. Saya pasti dia telah berkelakuan melampaui batas bagi saya. Dan pengadil pula perlu tekal dalam soal VAR.
"Pemain saling menyakiti antara sama lain dengan parah seperti yang dilakukan oleh pemain Reading, Andy Carroll, ke atas Christian Eriksen minggu lalu dan kini pemain Crystal Palace pula menjadi angkaranya, dia mengambil risiko besar dengan mencederakan Antony."
United akan kembali beraksi pada Khamis depan apabila melayani kunjungan Leeds United sebelum bertandang ke Yorkshire untuk perlawanan timbal balik, empat hari kemudian.
Astro Arena
Sat Feb 04 2023

Casemiro diarah keluar padang selepas dilihat mencekik leher Will Hughes dalam perbalahan kedua-dua pasukan yang tercetus akibat tolakan Jeffrey Schlupp terhadap Antony. - Foto Astro ARENA

Program TVET, bunuh diri jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Program TVET dan isu cubaan bunuh diri jadi antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015077/41774387481679445043288_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mac 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman Antara fokus AWANI Pagi: - Tiada lagi monopoli, bayar tol dengan kad debit, kredit di 5 lebuh raya tahun ini. - 29 Lokasi tengok anak bulan petang ini dan tarikh mula berpuasa akan diumum malam ini. - KPM cadang wajibkan pendidikan sekolah menengah. #AWANInews

Program TVET, bunuh diri jadi tumpuan di Dewan Rakyat
Program TVET dan isu cubaan bunuh diri jadi antara tumpuan sidang dewan rakyat hari ini.

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
29 lokasi ditetapkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja untuk melihat anak bulan bagi penetapan permulaan Ramadan.

Penerima dos penggalak kedua terus bertambah, kini 2.5%
KKM sangat menggalakan pengambilan dos penggalak bagi individu berisko 60 tahun ke atas, pesakit kronik dan individu mudah mendapat jangkitan COVID-19.

Banjir Johor beransur pulih
Situasi banjir di Batu Pahat menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun.

Jiwa SME | Kuasa media sosial tarik pelancong ke pasar terapung
Daripada hanya sebatang sungai dalam sebuah kampung, kini ia bertukar wajah menjadi kawasan tarikan pelancong. Itu yang dilakukan oleh Azli Muhamad Noor yang menjadikan Kampung Pulau Tengah di Kubang Kerian, sebagai pasar terapung.

Terap pendekatan 'behavioural insights' untuk permudah jalankan perniagaan - Zafrul
MITI melihat potensi besar untuk melaksanakan pendekatan 'nudging' dan 'Behavioural Insights' (BI) dalam usaha memudahkan urusan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Pas bantah pelancaran bar jemput 'Thai Hot Guy', guna nama Tun Razak
Penganjuran program sedemikian tidak sepatutnya dianjurkan di negara ini malah ia mencemarkan keberkatan bulan mulia.

AWANI Ringkas: Keanggotaan Majlis Madani babitkan NGO Islam dan Bukan Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ratcliffe tak sanggup penuhi harga mengarut beli Manchester United
Ratcliffe menegaskan bahawa dia tidak akan membayar harga yang tidak masuk akal demi menguasai Manchester United.

Barcelona pasukan impian saya - De Jong ulangi keinginan kekal di Camp Nou
Manchester United dilaporkan berminat membawa De Jong ke Old Trafford untuk pertemuan semula dengan Erik ten Hag.

Saya ada peranan penting di Manchester United - Maguire
Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Maguire hanya membuat lima permulaan sepanjang musim.

United berdepan Sevilla suku akhir Liga Europa
Jika skuad berjaya melepasi cabaran Sevilla, United akan berdepan sama ada Juventus atau Sporting Lisbon di peringkat separuh akhir.

UEL: Manchester United tepati ramalan ke suku akhir atasi Real Betis
UEL: Manchester United tepati ramalan ke suku akhir atasi Real Betis

United minta naikkan harga tawaran RM32.65 bilion
Sheikh Jassim hanya mengemukakan sekitar 4.5 bilion pound untuk membeli 100 peratus saham United.

EPL: Manchester United tidak kemuka rayuan insiden kad merah Casemiro
Semakan VAR memastikan Casemiro selayaknya mendapat kad merah kerana terjahan berbahaya yang dilakukannya ke atas Carlos Alcaraz.

Erik ten Hag kecewa keputusan pengadil tidak konsisten
Casemiro pemain United pertama menerima dua kad merah dalam satu musim Liga Perdana Inggeris sejak Nemanja Vidic pada 2013-14.

EPL: Ten Hag dinamakan Pengurus Terbaik Bulanan
Ten Hag itu kini sebaris dengan pemenang dua kali sebelumnya seperti Kenny Dalglish, Roberto Mancini dan Thomas Tuchel.

Liga Europa: Rashford gembira United hapus mimpi ngeri Liverpool
Marcus Rashford menekankan kepentingan kemenangan Manchester United dalam Liga Europa ke atas Real Betis selepas kekalahan kepada Liverpool.