ERIK TEN HAG percaya bahawa peningkatan prestasi Marcus Rashford adalah kerana dia sekali lagi memperoleh kegembiraan beraksi bersama Manchester United.

Pemain berusia 24 tahun itu mengharungi kempen yang sangat mengecewakan apabila kekurangan prestasi menyaksikan dia tidak tersenarai dalam skuad utama di Old Trafford.

Dengan penyerang itu sudah bersedia untuk berpindah dari kelab dengan khabar angin mengenai perpindahan ke Paris Saint-Germain, namun ketibaan Ten Hag telah menyaksikan Rashford mendapatkan semula kualitinya.

Setakat musim ini, pemain berusia 24 tahun itu telah menjaringkan tiga gol dan mencipta dua gol untuk United dalam Liga Perdana Inggeris (English Premier League), sesuatu yang menggembirakan Ten Hag.

Ditanya mengenai apa yang telah berubah untuk Rashford musim ini, Ten Hag berkata: “Sukar untuk saya bercakap tentang masa lalu.

“Tetapi apa yang saya lihat: Saya melihat Marcus Rashford gembira dan saya melihat beberapa fasa dalam permainannya yang boleh kami perbaiki.

“Dan kami bekerja keras dalam dua setengah bulan terakhir bersamanya dalam pelbagai aspek.

"Dia menyukainya, dan dia mahu memindahkannya ke padang, dan itulah yang anda lihat pada masa ini."

Ten Hag menambah: “Ia bermula dengan kebahagiaan. Dia datang ke sini setiap hari, dia sangat menikmatinya, dia benar-benar tersenyum.

“Dia mempunyai suasana yang sangat positif dan jika anda meletakkan semua perkara itu bersama-sama dengan cara permainan dan anda mahu meningkatkan aspek berbeza dalam permainan anda dan anda gembira, anda akan menyumbang lebih banyak kepada pasukan, kepada prestasi, kepada hasil, dan juga untuk perkembangan anda." -- Stadium Astro