awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ten Hag sahkan Manchester United cari pengurus lain

Agensi
Agensi
16/06/2024
22:30 MYT
Ten Hag sahkan Manchester United cari pengurus lain
Manchester United menghubungi pengurus berpotensi lain beberapa minggu kebelakangan ini tetapi pada akhirnya memutuskan untuk "memilih yang terbaik" bagi mengendalikan kelab itu, kata Erik Ten Hag. - Gambar fail AP
AMSTERDAM: Manchester United menghubungi pengurus berpotensi lain beberapa minggu kebelakangan ini tetapi pada akhirnya memutuskan untuk "memilih yang terbaik" bagi mengendalikan kelab itu, kata Erik Ten Hag mengesahkan spekulasi yang berlegar di sekeliling kelab itu sejak mereka memenangi Piala FA bulan lepas.
"Seperti dalam mana-mana organisas dan itu nampaknya sangat masuk akal bagi saya, ada penilaian," kata Ten Hag ketika diwawancara dalam sebuah program sukan terbitan televisyen Belanda.
“Kesimpulan dibuat dari situ. Kepimpinan baharu sedang bermain bola sepak buat kali pertama,” katanya merujuk kepada pemilik baharu, Jim Ratcliffe.
Ten Hag menambah, syarikat Ratcliffe Ineos juga telah bercakap dengan jurulatih lain, seperti Thomas Tuchel.
“Itu bukan rahsia. Semua orang telah mendengar bahawa mereka telah bercakap dengan beberapa calon. Di Belanda itu tidak dilakukan. Anda tidak dibenarkan bercakap dengan kelab lain jika ada jurulatih semasa di sana. Tetapi di England peraturan dan undang-undang berbeza.
“Tetapi akhirnya mereka membuat kesimpulan bahawa mereka mempunyai jurulatih terbaik,” sindir Ten Hag.
Ten Hag memilih untuk bercuti di Ibiza sebaik masa depannya telah ditetapkan.
“Kami mengadakan perbincangan yang baik dan pelbagai topik dibincangkan. Salah satu kesimpulannya ialah kami akan melanjutkan kontrak. Tetapi kami masih perlu mencapai kata sepakat,” tambahnya.
Manchester United mungkin telah memenangi Piala FA tetapi berada di kedudukan kelapan adalah yang terburuk bagi kelab itu sejak 1990.
“Ia adalah musim bergelora. Tidak pernah ada saat yang membosankan," tambah Ten Hag. - Reuters
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Erik ten Hag
#pengurus Manchester United
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan