Tengku Zafrul dipilih Presiden BAM, menggantikan Norza

Kenyataan Media
Oktober 14, 2023 06:32 MYT
Tengku Zafrul pernah memegang portfolio sebagai bekas Menteri Kewangan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan selain aktif dalam sukan.- Gambar fail/ernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz dipilih mengisi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
BAM dalam ciapan di laman sosial X memaklumkan perkara ini bahawa Tengku Zafrul akan menggantikan jawatan Presiden yang disandang Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebelum ini.
Tambah kenyataan, maklumat terperinci akan dibincangkan dan dimaklumkan selepas mesyuarat majlis pada Disember nanti.
"Pihak BAM juga sebulat suara bersetuju untuk memilih YB Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Presiden BAM yang baharu, menggantikan Tan Sri Mohamad Norza.
"Maklumat terperinci akan dibincangkan dan diumumkan pada mesyuarat majlis pada Disember 2023," kata kenyataan.

OFFICIAL: The Council has also unanimously agreed to elect YB Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz as the new President of BAM, replacing Tan Sri Dato Sri (Dr.) Mohamad Norza. The detailed timeline will be discussed internally and announced at the

— BAM (@BA_Malaysia) October 14, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tengku Zafrul sebelum ini pernah memegang portfolio sebagai bekas Menteri Kewangan dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan selain aktif dalam sukan.
#badminton #BAM #Mohamad Norza Zakaria #Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz