awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis: Angelique Kerber tarik diri Terbuka AS kerana hamil

Astro Arena
Astro Arena
25/08/2022
00:30 MYT
Tenis: Angelique Kerber tarik diri Terbuka AS kerana hamil
Aksi Angelique Kerber selepas menewaskan Kristina Mladenovic dari Perancis dalam kejohanan tenis Wimbledon di London, 27 Jun 2022. - Gambar fail AP
JUARA grand slam tiga kali, Angelique Kerber, mengumumkan bahawa dia sedang hamil, lantas mengetepikan Terbuka Amerika Syarikat (AS) sambil berseloroh mengatakan dua lawan satu bukan pertandingan yang adil.
Bekas pemain nombor satu dunia itu pada malam tadi mendedahkan dia tidak akan menyertai Jelajah WTA buat sementara waktu kerana mengandungkan anak pertamanya.
Kerber, 34, berkata dia gugup dan teruja dengan perjalanan baru dalam kehidupannya itu.
"Untuk beberapa bulan akan datang, saya akan berehat daripada mengembara ke seluruh dunia sebagai pemain tenis tetapi sekali lagi, saya percaya ia adalah atas sebab yang terbaik! Saya akan merindui anda semua.
View this post on Instagram
A post shared by Angelique Kerber (@angie.kerber)
"New York sering menjadi titik perubahan dalam kerjaya saya dan rasanya tahun ini tidak akan berbeza. Sejak memulakan semula kerjaya saya pada 2011 hingga memenangi gelaran pada 2016 dan ditabalkan sebagai pemain nombor satu di dunia, ia tempat yang istimewa di hati saya.
"Saya harap berkesempatan mengucapkan selamat tinggal kepada anda semua di gelanggang sebelum berehat daripada siri jelajah buat seketika.
"Menjadi seorang atlet profesional amat bermakna buat saya tetapi saya bersyukur dengan laluan baru yang bakal ditempuhi.
"Sejujurnya, pada masa yang sama saya gementar dan teruja. Terima kasih atas sokongan berterusan anda, ia cukup bermakna buat saya "
Topic Berkaitan
#tenis
#Angelique Kerber hamil
#Terbuka AS
#Jelajah WTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan