awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Masters Monte Carlo: Tsitsipas lakar sejarah pertahan gelaran

Astro Arena
Astro Arena
17/04/2022
23:33 MYT
Tenis Masters Monte Carlo: Tsitsipas lakar sejarah pertahan gelaran
Stefanos Tsitsipas bersama trofi yang dimenangi selepas pusingan akhir Kejohanan Tenis Masters Monte Carlo menentang Alejandro Davidovich Fokina, di Monaco, 17 Apr 2022. (Foto AP)
STEFANOS Tsitsipas mempertahankan mahkota Kejohanan Tenis Masters Monte Carlo dan menjulang gelaran Jelajah ATP kelapannya dengan menewaskan Alejandro Davidovich Fokina dengan straight set, malam tadi.
Bintang Greece itu - yang menewaskan Andrey Rublev untuk kejayaan di Monaco tahun lalu - mengetepikan pilihan kedua, Alexander Zverev, dalam separuh akhir sebelum mengulangi helahnya dengan kemenangan 6-3, 7-6 (7-3) ke atas Davidovich Fokina.
Tetapi pencabarnya dari Sepanyol tersebut yang menundukkan Novak Djokovic dan juara bertahan Indian Wells Masters, Taylor Fritz, dalam laluan ke final Jelajah ATP sulungnya itu bermula dengan baik di Court Rainier III.
Bagaimanapun, Tsitsipas mula menemui rentaknya dengan pukulan kencang sebelum memenangi empat daripada lima game seterusnya untuk mendahului pertarungan.
Pemain nombor lima dunia yang membuat kemunculan final Masters 1000 keempatnya itu kemudian terkandas dalam servis untuk kedudukan 4-5 dalam set kedua, tetapi sempat mengatur semula langkahnya untuk mengikat permainan sebelum menjamin trofi pertamanya musim ini.
BACK-TO-BACK MONTE CARLO CHAMPION @steftsitsipas | @ROLEXMCMASTERS | #RolexMCMasters pic.twitter.com/AQfxW9KYNc
— ATP Tour (@atptour) April 17, 2022
Dengan demikian, Tsitsipas muncul pemain keenam yang memenangi kejuaraan Monte Carlo berturut-turut dalam Era Terbuka, malah separuh daripada lapan gelaran peringkat jelajahnya diraih di atas tanah liat.
"Saya sangat bangga dengan diri sendiri," katanya dalam temu bual di gelanggang.
“Permainan saya tidak begitu berjalan lancar pada satu ketika, tetapi saya kekal tenang untuk menamatkan perlawanan.
"Saya benar-benar bangga dengan kepercayaan yang saya berikan kepada permainan sendiri. Kadang-kadang anda boleh meragui diri sendiri, tetapi adalah penting untuk terus mengekalkan tumpuan."
Topic Berkaitan
#Stefanos Tsitsipas
#tenis
#Greece
#Alexander Zverev
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan