Tenis: Sloan Stephens bangkit dari kecederaan untuk muncul juara Terbuka AS

Agensi
September 10, 2017 02:26 MYT
Stephens, yang berkedudukan di ranking ke-83 dunia, menewaskan Keys dengan 6-3, 6-0 di pentas akhir yang berlangsung digelanggang Flushing Meadows. - Foto Robert Deutsch-USA TODAY Sports via REUTERS
Pemain bukan pilihan dari Amerika Syarikat, Sloan Stephens melengkapkan kemunculan semulanya dengan mempamerkan prestasi luar biasa apabila menewaskan rakan senegara Madison Keys, untuk muncul juara Tenis Terbuka Amerika Syarikat pada Sabtu.
Stephens yang berkedudukan di ranking ke-83 dunia, menewaskan Keys dengan 6-3, 6-0 di pentas akhir yang berlangsung digelanggang Flushing Meadows di sini.
Stephens menjadi pemain bukan pilihan kelima memenangi kejuaraan terbuka utama.
Dia baru kembali beraksi selepas berehat selama 11 bulan akibat kecederaan.
Aksi di Terbuka Amerika Syarikat juga merupakan aksi Grand Slam pertama buat Stephens dan Keys yang juga rakan karib sejak kecil.
#Amerika Syarikat #AS #final #Grand Slam #Madison Keys #Sloan Stephens #tenis #tennis