[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Tenis Terbuka Amerika Syarikat: Carlos Alcaraz muncul juara kali kedua

Astro Arena 08/09/2025 | 08:01 MYT
Ini merupakan kejuaraan Grand Slam keenam buat Alcaraz dan gelaran kedua di Terbuka AS. - Foto Reuters
PEMAIN tenis berprolifik Sepanyol, Carlos Alcaraz, mencipta sensasi apabila membenam seteru utamanya iaitu Jannik Sinner dalam pertemuan empat set 6-2, 3-6, 6-1, 6-4 untuk merangkul kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat buat kali kedua.


Ringkasan AI
  • Carlos Alcaraz menewaskan Jannik Sinner dalam empat set (6-2, 3-6, 6-1, 6-4) untuk merangkul kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat buat kali kedua.
  • Alcaraz mempamerkan prestasi dominan sejak set pertama, walaupun Sinner cuba bangkit dalam set kedua.
  • Ini merupakan kejuaraan Grand Slam keenam buat Alcaraz dan gelaran kedua di Terbuka AS selepas kemenangan pertamanya pada edisi 2022.


Sejurus aksi dimulakan, Alcraz terus mempamerkan dominasinya di atas gelanggang dan memaksa Jannik Sinner berdepan break point seawal set pertama.

Kemudian, Sinner berjaya bangkit dalam set kedua sebelum tidak mampu menghalang segala asakan Alcaraz dalam set ketiga dan keempat.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Untuk rekod, ini merupakan kejuaraan Grand Slam keenam buat Alcaraz sepanjang kariernya dan juga gelaran kedua selaku juara Terbuka Amerika Syarikat sejak edisi 2022. -- Stadium Astro




#Carlos Alcaraz #muncul juara #Tenis Terbuka Amerika Syarikat #Grand Slam #Jannik Sinner