Tenis Terbuka Madrid: Djokovic tarik diri

Astro Arena
April 29, 2021 00:32 MYT
Novak Djokovic meninggalkan gelanggang selepas tewas kepada Aslan Karatsev ketika Terbuka Serbia, di Belgrade, Serbia, 24 April, 2021. (Foto AP)
JUARA bertahan, Novak Djokovic, mendedahkan bahawa dia tidak akan beraksi di Terbuka Madrid minggu depan.
Pemain nombor satu dunia itu semalam mengumumkan bahawa dia tidak akan mengambil tempat dalam saingan di Caja Magica, di mana dia memenangi gelaran untuk kali ketiga dua tahun lalu dengan menewaskan Stefanos Tsitsipas di final.
Djokovic mengalami kekalahan mengejutkan oleh Aslan Karatsev di separuh akhir Terbuka Serbia minggu lalu dan juara grand slam 18 kali itu tidak akan menambah senarai gelaran di Madrid.
"Maaf kerana saya tidak dapat pergi ke Madrid tahun ini dan bertemu dengan semua peminat saya," katanya.
"Sudah dua tahun, cukup lama. Berharap dapat berjumpa dengan anda tahun depan!"
Djokovic menang 12 dan tewas dua kali musim ini, merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kesembilan Februari lalu.
Terbuka Madrid tidak diadakan tahun lalu kerana wabak koronavirus.
#Novak Djokovic #Grand Slam #Australia #koronavirus #Aslan Karatsev #Terbuka Serbia #Terbuka Madrid #tarik diri #kekalahan mengejutkan